Info Kerjaya Malaysia

[Cara Bayar] JPJ & SPAD Beri 70% Diskaun Saman Sempena Bulan Kemerdekaan

5,851

Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan

Berita baik buat pemilik kenderaan yang mempunyai saman atas kesalahan jalanraya dan kesalahan-kesalahan yang berkaitan, anda akan diberikan diskaun sebanyak 70% untuk pembayaran saman JPJ dan SPAD bersempena dengan Bulan Kemerdekaan.

Dapatkan Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & APAD Sempena Bulan Kemerdekaan Sekarang

Tarikh Diskaun

Jika anda mempunyai saman dan ingin selesaikan dengan harga yang murah, JPJ dan SPAD menawarkan anda untuk membuat pembayaran bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini.

Tawaran yang bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Siaran Media Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan

Berikut adalah pernyataan akhbar mengenai diskaun 70% pembayaran saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dapatkan Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan Sekarang

Pembayaran Saman dan Diskaun 70%

Diskaun 70% adalah berdasarkan kepada kompuan semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

Anda boleh membuat pembayaran di :

  • Semua pejabat JPJ (Negeri, Cawangan dan UTC)
  • Portal mySIKAP JPJ
  • Kiosk JPJ
  • JPJ Mobile

Nota : Kesalahan yang telah disenarai hitam, anda perlu hadir ke pejabat JPJ samada cawangan atau JPJ negeri untuk proses dikumentasi sebelum urusan pembayaran saman.

Info Selanjutnya & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan diskaun 70% pembayaran saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan ini, anda boleh hubungi JPJ atau SPAD di :

  • Pergi ke kaunter JPJ / SPAD terdekat.
  • 1JPJ Call Centre : 03-8315 9200
  • SPAD
  • Portal rasmi JPJ : JPJ
  • Portal rasmi SPAD : SPAD

close-image