Panel Penemuduga Pesan, Jangan Abaikan 9 Perkara Ini Jika Mahu Lulus Temuduga Anda

2,874

Mahu Lulus Temuduga

Seorang panel penemuduga melahirkan rasa kecewa pada sebilangan calon temuduga yang telah melalui sesi temuduga bersamanya dan calon-calon ini mendapat markah yang terlalu rendah dan gagal sepenuhnya sesi temuduga walaupun layak dari segi pendidikan. Apa yang menyebabkan panel ini menggagalkan beberapa calon ini?

Dapatkan 9 sebab yang telah dikongsikan ini agar anda tidak gagal dalam temuduga yang seterusnya.

Panel Penemuduga Pesan, Jangan Abaikan 9 Perkara Ini Jika Mahu Lulus Temuduga Anda

Jangan Abaikan 9 Perkara Ini Jika Mahu Lulus Temuduga

Berikut adalah 9 kesalahan yang telah dilakukan oleh calon temuduga yang telah dikongsikan oleh panel penemuduga seperti :

  • Tidak memberi salam : Calon yang masuk untuk temuduga tidak memberikan salam kepada panel penemuduga kecuali calon yang kelima. Memberikan salam atau ‘greeting’ kepada panel penemuduga juga mempunyai markah untuk sahsiah diri anda.
  • Muka tanpa mekap : Muka calon terlalu polos, tiada lipstik atau sebarang mekap yang nipis ketika temuduga. Panel penemuduga merasakan seolah-olah menemuduga mayat pula. Pastikan wajah anda nampak cergas dan sedap dipandang. Tetapi jangan berlebihan pula ya.
  • Rambut serabai : Tidak kira calon lelaki atau perempuan. Ada yang datang dengan rambut yang serabai dan tidak kemas. Pakaian sudah cantik dan kemas. Tetapi rambut tidak disikat dengan rapi atau diikat dengan kemas.
  • Tali leher : Tali leher sudah dipakai untuk kelihatan kemas dan sesuai dengan kemeja. Tetapi sayangnya dipakai dengan longgar dan tidak kemas. Sila pakai dengan kemas supaya tidak kelihatan seperti ada masalah besar dalam rumahtangga. Serabai.
  • Sijil & dokumen dalam sampul surat : Terdapat calon yang memberikan salinan sijil serta dokumen kepada penemuduga dalam sampul surat dan menjadi satu kerja pula kepada penemuduga untuk membuka dan lihat satu persatu sijil anda.
  • Bawa diri dan transkrip sahaja : Calon ini memenuhi kriteria yang diperlukan oleh majikan. Tetapi hanya bawa diri dan transkrip sahaja. Sijil serta dokumen yang lain tidak dibawa. Jangan buat begini ya. Bawa semua sijil-sijil yang diperlukan seperti mana yang diperlukan oleh majikan anda.
  • Tiada maklumat dan pengetahuan : Bila ditanya, tidak dapat menjawab soalan dan tidak fokus. Ini dapat lihat bahawa calon tidak membuat persiapan untuk dapatkan maklumat berkaitan jawatan, syarikat, jabatan serta isu terkini yang berkaitan. Oleh itu, dapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Study lebih sikit untuk masa hadapan anda.
  • Nada suara : Menjawab soalan pun memerlukan nada suara serta lontaran yang jelas. Ini bukan masa untuk bercinta atau malu-malu dengan penemuduga. Entah-entah, habis temuduga terus pergi karaoke.
  • Susunan sijil berterabur : Penemuduga buka dan selak fail anda satu persatu semata-mata mencari sijil akademik dan sijil-sijil penting yang diperlukan oleh mereka. Sepatutnya anda susun sijil anda mengikut aturan yang betul dan jika tidak tahu, rujuk sahaja disini.

Panel Penemuduga Pesan, Jangan Abaikan 9 Perkara Ini Jika Mahu Lulus Temuduga Anda

Jadi, jangan abaikan 9 perkara ini sekiranya anda mahu lulus temuduga anda dan dapatkan tips untuk lulus temuduga dengan melakukan perkara sebelum, semasa dan selepas temuduga seperti perkongsian ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image