Tips Susun Sijil Dalam Fail Untuk Dibawa Temuduga

45,532

Susun Sijil Dalam Fail

Bunyinya macam mudah. Tetapi kalau salah susunan, sia-sia juga jadinya. Kadangkala, majikan mencari sijil yang penting untuk dijadikan point yang kukuh untuk mereka mengambil anda sebagai pekerja. Selain daripada itu, susunan sijil yang betul dan menarik juga menunjukkan anda adalah seorang yang kemas dan teliti serta sesuai untuk memegang jawatan yang ditawarkan.

Kalau anda rasa mahu menjadi calon pilihan majikan, jom ikuti tips yang dikongsikan ini.

Sebelum Hadir Temuduga

Sebelum anda hadir temuduga, pastikan anda telah membuat beberapa persiapan dari segi latihan temuduga bersama rakan, mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai syarikat dan jawatan, menyediakan pakaian yang bersesuaian untuk temuduga, membuat salinan resume, salinan sijil serta menyediakan fail sijil original dengan susunan yang betul

Baca ini juga : 10 Dokumen Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dibawa Ketika Temuduga.

Salinan Resume

Pastikan anda menyediakan 5 salinan resume dalam bentuk berwarna. Mengapa 5 salinan? Ini kerana kita semua tidak mengetahui jumlah sebenar ahli panel yang ada di dalam bilik temuduga. Elok kiranya mereka mendapat seorang satu resume anda untuk dibaca.

Salinan Sijil

Juga digalakkan untuk dibuat dalam bentuk berwarna dan tidak perlu untuk anda buat dalam bilangan yang banyak untuk dibawa semasa temuduga tersebut. Pastikan salinan tersebut clear untuk dibaca.

Susunan Sijil Original

Anda tidak perlu memasukkan kesemua salinan sijil ke dalam fail anda. Tetapi sebelum itu, sekiranya fail anda sudah uzur, eloklah kiranya anda menyediakan fail baharu untuk memasukkan sijil-sijil anda.

Susunan sijil yang dicadangkan adalah seperti berikut :

  1. Maklumat diri
  2. Kad pengenalan dan sijil kelahiran
  3. Sijil SPM (bukan slip SPM)
  4. Penilaian Menengah Rendah (kalau nak letak boleh)
  5. Sijil berhenti sekolah (wajib)
  6. Skrol pengajian (Diploma dan Degree)
  7. Transkrip
  8. Pengiktirafan Kelayakan
  9. Sijil anugerah
  10. Sijil penyertaan

Atau

  1. Kad pengenalan
  2. Sijil kelahiran
  3. Sijil PMR
  4. Sijil SPM & Ujian bahasa
  5. Sijil STPM / STAM
  6. Sijil berhenti sekolah
  7. Sijil Diploma
  8. Transkrip Diploma
  9. Ijazah Sarjana Muda
  10. Transkrip Ijazah
  11. Surat Pengiktirafan Kelayakan MQA
  12. Sijil yang berkaitan dan jika perlu

Nota : Ketepikan sijil yang tidak relevan dan tidak perlu dimasukkan ke dalam fail.

Malahan anda boleh sahaja meletakkan tanda atau partition di setiap muka surat fail anda supaya senang dicari dan dibuka oleh penemuduga.

Tips Susun Sijil Dalam Fail Untuk Dibawa Temuduga

Contoh Susunan Sijil

Berikut adalah contoh susunan sijil yang boleh anda jadikan panduan sebelum hadir temuduga.

   

Apa sahaja cara susunan sijil anda di dalam fail, pastikan anda susun mengikut keperluan pekerjaan anda. Tidak perlu anda memasukkan sijil UPSR atau sijil pertandingan melukis ketika anda tadika suatu masa lalu. Ia tidak begitu relevan untuk anda masukkan ke dalam fail ketika temuduga

Semoga berjaya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image