Kenapa Bayaran BSH Saya Kurang? Ini Penjelasan LHDN Punca Pemohon Terima BSH 2020 Kurang Daripada Sepatutnya

31,517

Pelbagai masalah dan situasi yang dihadapi oleh penerima BSH 2020. Ada yang masih belum lulus dan masih dalam pelbagai status permohonan. Jika anda tidak tahu maksud status permohonan anda sekarang, anda boleh SEMAK DI SINI.

Seperti yang dimaklumkan, pembayaran BSH Fasa Ketiga telah mula diagihkan mulai 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank pemohon yang didaftarkan. Namun, ada pula penerima yang menyatakan mereka terima bantuan kurang daripada sepatutnya.

Anda juga menghadapi situasi yang sama? Jangan marah dulu, ketahui punca sebenar pembayaran BSH 2020 menjadi kurang. Ini Penjelasan LHDN.

PUNCA BAYARAN BSH BERKURANG

Jika bayaran BSH anda berkurang dan tidak sama seperti yang diharapkan, anda mungkin menghadapi salah satu sebab ini.

1) Status BSH Berubah

Pasti ramai yang risau kan bila permohonan Fasa Pertama dan Kedua lulus, tetapi tiba-tiba permohonan untuk Fasa Ketiga berubah kepada Permohonan Diterima / Kelulusan akan dimaklumkan? Perubahan status ini menyebabkan pemohon terpaksa tunggu kelulusan lagi.

Selepas mendapat maklumat daripada pihak LHDN, tidak semua penerima Fasa Pertama dan fasa Kedua akan layak menerima Fasa Ketiga ini. Rombakan kelayakan pemohon telah dilakukan.

Jadi pemohon yang biasa menerima Fasa Pertama dan Kedua mungkin akan GAGAL untuk Fasa Ketiga atau mungkin juga akan terima bayaran KURANG daripada sepatutnya atas sebab-sebab kelayakan tertentu.

Namun jangan risau, anda boleh buat Permohonan Rayuan BSH 2020 bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020 sekiranya status bertukar kepada Tidak Lulus atau lain-lain.

2) Bayaran Kurang Walaupun Gaji Di Bawah RM2,000

Ada juga situasi di mana pemohon menerima bayaran BSH tidak sama seperti yang dimaklumkan dan dijanjikan oleh pihak BSH. Setelah diteliti, terdapat beberapa kes pengguna salah buat pengiraan dan pengurangan daripada LHDN sendiri.

Ada pengguna yang mengharapkan jumlah yang diperolehi Fasa Ketiga ini merupakan jumlah keseluruhan termasuk Fasa Pertama dan Fasa Kedua sedangkan mereke SUDAH TERIMA sebelum ini. Cuba anda semak balik.

Bagi mereka yang layak tetapi belum terima BSH Fasa Pertama dan Kedua akan dibayar sekaligus untuk Fasa Ketiga.

Untuk makluman anda juga, LHDN mengambil kira GAJI KASAR pendapatan pemohon, iaitu gaji sebenar sebelum ditolak elaun, KWSP, OT dan lain-lain.

3) Bayaran Tambahan RM120

Ada juga kes pemohon mengharapkan bayaran tambahan RM120 untuk anak akan diterima bagi SETIAP ANAK yang mereka ada. Namun, sebenarnya seperti yang dinyatakan dalam syarat sebelum ini, bantuan tambahan untuk anak tersebut adalah untuk:

  • Anak berumur 18 tahun ke bawah SAHAJA
  • Terhad 4 orang anak setiap keluarga (maksima)

Masih ramai pemohon yang tidak ambil perhatian mengenai syarat yang dikeluarkan ini dan menyebabkan semua salah faham dan tidak puas hati dengan bayaran yang diterima.

CONTOH KES BAYARAN KURANG

Seorang pemohon membuat rujukan terus kepada pihak LHDN mengenai sebab bayaran yang diterimanya kurang daripada sepatutnya atau diharapkan. Menurut dia:

Pagi- pagi dah call LHDN. Tanya kenapa saya dapat BSH kurang. Kalau diikutkan gaji atas RM2,000 (yang diterima) Sedangkan gaji bawah RM2,000.

Rupanya LHDN ambil kira pendapatan ikut potongan KWSP pemohon. Sebab gaji husband campur elaun tetap dengan OT semua dan lebih RM2,000. Jadi dia ikut pendapatan kasar.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pemohon menghilangkan tanda tanya yang bermain dalam minda. Untuk pertanyaan lanjut atau memerlukan kepastian yang lebih jelas, anda dinasihatkan untuk terus hubungi LHDN di talian 1 800 88 2747 atau kunjungi cawangan LHDN berdekatan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image