Hari Akhir Rayuan BSH Tutup 6 September. Mohon Rayuan BSH Secara Online Sekarang

155,901

Permohonan Rayuan BSH 2020 Tidak Lulus

Pada 24 Julai 2020 yang lepas, penerima BSH 2020 boleh membuat semakan sama ada lulus atau gagal. Tahniah kepada pemohon yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, jangan sedih dan khuatir, anda boleh membuat rayuan sekarang.

Bagaimana hendak membuat rayuan? Anda boleh rujuk perkongsian ini untuk ketahui cara-cara yang betul untuk membuat rayuan secara online.

Tarikh Permohonan Rayuan

Anda boleh membuat permohonan rayuan bermula :

  • 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.

Cara Membuat Permohonan Rayuan BSH 2020

Bagi pemohon yang gagal atau tidak layak, anda boleh membuat permohonan melalui pautan rasmi di bawah.

Sila pastikan anda rujuk Checklist Senarai Dokumen Rayuan BSH ini dahulu sebelum membuat rayuan BSH.

Untuk rayuan anda boleh terus ke :

Nota : Sila bawa dokumen berikut sebelum hadir ke kaunter Cawangan LHDNM :

  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Anda juga tidak layak membuat permohonan rayuan BSH 2020 sekiranya tidak memenuhi syarat permohonan BSH seperti :

  • Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Menetap di luar negara
  • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • Pemegang saham / pengarah syarikat
  • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  • Memiliki motosikal melebihi 500cc
  • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Untuk semakan maklumat berkaitan BSH, anda juga boleh semak dan rujuk disini sahaja.

Download Borang Rayuan

Sebelum anda ke kaunter Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat hasil )PKH)/UTC, anda boleh download borang permohonan rayuan BSH disini dahulu. Lengkapkan dan bawa ke kaunter Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat hasil )PKH)/UTC yang berdekatan.

DOWNLOAD SEKARANG

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BSH 2020, anda boleh menghubungi LHDNM di saluran berikut :

  • Telefon : 1-800-88-2747
  • Facebook : LHDNM
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image