Cara Mudah Dapatkan Laporan CCRIS Dari Rumah Tanpa Perlu Ke Bank Negara

2,345

Dapatkan Laporan CCRIS Dari Rumah

Anda ingin membuat pinjaman dan perlu dapatkan laporan CCRIS terlebih dahulu. Tetapi cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) terlalu jauh dari rumah anda untuk mendapatkan salinan laporan tersebut.

Bagaimanakah cara yang terbaik dan cepat untuk dapatkan laporan CCRIS tanpa perlu pergi ke BNM?

Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui cara dapatkan laporan CCRIS dari rumah sahaja.

Info CCRIS

Apakah maksud CCRIS? CCRIS bermaksud Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System). Merupakan satu  sistem yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam. Maklumat ini boleh didapati kepada institusi kewangan (Bank) dan individu (atau pengarah syarikat) diri atas permintaan.

3 Bahagian Utama Laporan CCRIS

Terdapat 3 bahagian utama di dalam laporan CCRIS iaitu :

  • Laporan Ringkas Kredit
  • Laporan Kredit Terperinci
  • Laporan Kredit Tambahan.

Laporan Ringkas Kredit terdiri daripada 3 bahagian iaitu :

  1. Permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank.
  2. Liabiliti semasa yang ditanggung, ini meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan (untuk peminjam dan juga penjamin).
  3. Tindakan undang-undang yang pernah dan sedang dikenakan.

Langkah-Langkah Mendapatkan Laporan CCRIS

Terdapat 3 langkah untuk mendapatkan laporan CCRIS anda. Langkah-langkahnya ialah :

  • Lengkapkan borang permohonan anda beserta semua dokumen yang diminta.
  • Hantar borang yang telah anda lengkapkan beserta dokumen melalui webform di https://telelink.bnm.gov.my/

Cara Mudah Dapatkan Laporan CCRIS Dari Rumah Tanpa Perlu Ke Bank Negara

  • Masukkan ke bahagian ATTACHMENT.
  • Taip semula CAPTCHA di ruangan yang disediakan.
  • Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Cara Mudah Dapatkan Laporan CCRIS Dari Rumah Tanpa Perlu Ke Bank Negara

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan laporan CCRIS anda :

  • 1 salinan MyKad ( depan belakang) atau;
  • 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
  • 2 dokumen sokongan lain ( contoh : lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit & penyata KWSP)

Alternatif Lain

Anda juga boleh mendapatkan laporan CCRIS daripada Agensi Pelaporan Kredit yang lain seperti :

Info Dan Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan info yang berkaitan, anda boleh terus hubungi BNM TELELINK di :

  • 1-300-88-5465
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image