Gaji RM1,000 & Tak Ada Slip Boleh Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

44,916

Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

Pekerja yang bergaji RM1,000 dan tidak mempunyai slip gaji boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP).

Apa Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)?

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) merupakan satu skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap. Skim ini juga merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

Gaji RM1,000 & Tak Ada Slip Boleh Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

Syarat Kelayakan Permohonan SJKP 2020

Anda boleh semak kelayakan permohonan seperti :

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
    Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah/ sederhana/ mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/ didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Baca juga cara untuk memohon rumah kos rendah disini.

Senarai Institusi Kewangan

Berikut adalah senarai institusi yang terlibat dengan SJKP ialah :

  1. Affin Bank, Affin Islamic
  2. Maybank, Maybank Islamic
  3. Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
  4. Bank Muamalat
  5. Bank Rakyat
  6. Agro Bank
  7. AmBank Group, AmIslamic Bank
  8. Bank Islam
  9. BSN
  10. Hong Leong Bank
  11. Hong Leong Islamic Bank

Gaji RM1,000 & Tak Ada Slip Boleh Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

Proses Permohonan

Anda juga perlu mengetahui proses-proses permohonan skim ini seperti :

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
  3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
    Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  5. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

Maklumat & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), anda boleh hubungi mereka di saluran berikut :

  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
    Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
    15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
    50490 Kuala Lumpur
  • Telefon : 03-2096 5000
  • Faks : 03-2096 5090
  • Emel : [email protected]
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image