Temuduga Pustakawan Gred S41. Dapatkan 15 Contoh Soalan & Tips Lulus Temuduga Disini

1,675

Temuduga Pustakawan Gred S41

Anda sangat berminat untuk menjadi seorang pustakawan? Pastinya anda telah memohon jawatan ini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan telah menduduki peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam secara online yang diadakan baru-baru ini. Syukur kerana anda telah menerima emel bahawa anda telah tersenarai untuk menduduki temuduga dalam masa yang terdekat ini.

Pastinya anda ingin membuat persediaan supaya lulus temuduga seterusnya menjawat jawatan ini. Jika anda ingin menjadi calon yang paling layak untuk menjawat jawatan ini, anda boleh ikuti tips, panduan serta contoh soalan yang akan dikongsikan ini.

Info Ringkas Jawatan Pustakawan Gred S41

Sebelum ada dapatkan tips temuduga dan contoh soalan temuduga, baca dahulu info ringkas mengenai jawatan Pustakawan Gred S41.

Untuk pengetahuan anda, Pustakawan Gred S41 ini berada di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan akan bertugas di bahagian perpustakaan di mana-mana Jabatan atau Kementerian yang mempunyai kekosongan.

Temuduga Pustakawan Gred S41. Dapat 15 Contoh Soalan & Tips Lulus Temuduga Disini

Jadual Gaji

Berikut adalah jadual gaji bagi jawatan Pustakawan Gred S41 :

  • Gaji Minimum : RM2,078.00
  • Gaji Maksimum : RM 9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Tugas Pustakawan Gred S41

Tugas seorang pustakawan adalah seperti berikut :

  • Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.

Tips Lulus Temuduga SPA

Anda boleh jadikan tips ini sebagai satu panduan untuk lulus dalam temuduga anda terutamanya temuduga yang dikelolakan oleh SPA.

  1. Persediaan yang secukupnya : Setelah mengetahui bahawa ada telah dipanggil temuduga, anda perlu membuat persediaan dengan mendapatkan maklumat mengenai jawatan anda. Malahan anda perlu dapatkan maklumat penting mengenai jabatan yang akan anda bertugas. Juga dapatkan isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
  2. Buat latihan temuduga : Penting untuk anda membuat latihan temuduga dengan membuat soalan serta menjawab soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jangan lupa untuk study dan ingat semula istilah-istilah penting yang selalu digunakan dengan pekerjaan anda.
  3. Buat persiapan pakaian : Penampilan yang kemas dan meyakinkan sangat penting. Siapkan pakaian anda dengan lebih awal supaya tidak ada sebarang masalah.
  4. Persiapan sijil dan dokumen : Pastikan sijil dan dokumen yang diperlukan disusun mengikut panduan SPA. Klik sini untuk dapatkan panduan penuh susunan dokumen anda.
  5. Hadir awal : Untuk temuduga yang dianjurkan oleh SPA, anda perlu hadir 30 minit awal untuk urusan dokumentasi oleh urusetia temuduga.
  6. Sopan dan yakin : Pastikan anda sopan ketika masuk temuduga dan menjawab soalan dengan yakin. Jangan lupa senyum ya.
  7. Ucap terima kasih : Setelah tamat temuduga, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada penemuduga.

Ingin tahu checklist pemarkahan temuduga SPA? Dapatkan disini sebagai rujukan dan panduan untuk persediaan temuduga anda.

Temuduga Pustakawan Gred S41. Dapat 15 Contoh Soalan & Tips Lulus Temuduga Disini

Contoh Soalan Temuduga Pustakawan Gred S41

Contoh soalan yang dikongsikan ini adalah soalan-soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga. Jadikan rujukan untuk anda mendapatkan jawapan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan jawatan Pustakawan Gred S41.

  1. Kenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Mengapakah anda memohon jawatan ini?
  3.  Sebutkan 6 perkara daripada Tonggak 12.
  4. Nyatakan secara terperinci tugas seorang Pustakawan Gred S41.
  5. Ceritakan apakah misi, visi dan objektif Perpustakaan Negara Malaysia.
  6. Siapakah Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia?
  7. Apakah bahagian-bahagian yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia dan terangkan secara ringkas.
  8. Berikan klasifikasi nombor yang ada di PNM dan digunakan oleh PNM.
  9. Sebutkan nama Menteri Kabinet Malaysia terkini.
  10. Apakah isu semasa yang sedang diperkata kini? Nyatakan pendapat anda.
  11. Adakah anda berminat membaca buku? Buku jenis bagaimanakah yang menjadi minat anda?
  12. Jika anda diambil bekerja, pada bahagian manakah yang paling anda mahir?
  13. Dimanakah PNM terletak?
  14. Adakah bahagian arkib terdapat di dalam perpustakaan?
  15. Adakah anda mahir dalam bidang online? Jika ya, adakah relevan ebook diperkenalkan di perpustakaan?

Akhir sekali kebiasaannya penemuduga akan bertanyakan kepada anda, “Adakah anda mempunyai sebarang soalan?”. Katakan ya dan tanyakan soalan yang berkaitan. Ingin dapatkan contoh soalan? Klik disini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image