8 Checklist Penilaian Pemarkahan Temuduga SPA Untuk Panduan Calon

11,475

Checklist Temuduga Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Pastinya anda tahu bahawa setiap panel temuduga mempunyai checklist tertentu untuk memberikan markah kepada setiap calon temuduga.

Untuk makluman anda, bagi temuduga SPA ini, tiada format pemarkahan yang tetap diberikan kepada anda. Jadi, sebagai calon temuduga anda perlu membuat beberapa persiapan penting seperti mana yang telah anda ketahui sebelum ini.

Antara aspek-aspek penting yang diberi penekanan semasa temuduga anda ialah :

1. Penilaian Bermula Sejak Anda Mengetuk Masuk Bilik Temuduga

Jika anda ingin tahu, penilaian terhadap anda bermulanya anda mengetuk pintu bilik temuduga. Seterusnya meletakkan fail sijil akademik serta dokumen berdekatan pada panel penemuduga.

Panel penemuduga juga akan menilai cara anda berhadapan dengan mereka sama ada anda akan terus duduk,meminta kebenaran atau menunggu diarahkan untuk duduk.

Jadi, pastikan anda tidak tergopoh gapah atau terlalu teruja untuk ditemuduga sehingga terlupa prosedur yang betul untuk masuk temuduga. 8 Checklist Penilaian Temuduga SPA Untuk Panduan Calon

2. Masa

Seperti yang ditetapkan oleh pihak SPA, anda perlu hadir temuduga 30 minit awal daripada masa temuduga yang telah ditetapkan.

Jadi, anda perlu patuh dan kehadiran yang lewat akan memberikan kesan pada markah anda. Tiba lebih awal boleh dapat markah tambahan. Ketuk pintu dengan cara yang betul pun boleh dapat markah.

3. Cara Anda Tackle Setiap Soalan Temuduga

Sekiranya anda telah membuat persediaan atau latihan menjawab soalan temuduga, pastinya itu adalah satu bonus buat anda kerana sudah pasti anda mampu menjawab soalan seperti yang dikehendaki oleh panel penemuduga.

Mereka menilai gaya bahasa badan dan pertuturan anda. Suara yang terlalu perlahan dan terlalu kuat bukanlah tumpuan utama, tetapi mereka mahu mendengar suara anda bercakap dengan mereka.

Diingatkan juga supaya anda tidak memburukkan majikan atau rakan sekerja yang lepas walaupun ditanya oleh penemuduga. Ini kerana markah anda akan dipotong dan sebolehnya anda menjawab dengan cara menyelesaikan masalah yang berlaku.

4. Penggunaan Bahasa

Anda mestilah menggunakan bahasa yang betul ketika sesi temuduga anda. Jika penemuduga bercakap dengan anda menggunakan bahasa Inggeris, sila jawab dalam bahasa Inggeris juga.

Ini kerana penemuduga telah meneliti resume, melihat bahagian penguasaan bahasa dan pastinya mereka menguji anda.

Sekiranya selepas itu mereka bertanyakan soalan dalam bahasa Melayu, teruskan menjawab soalan dalam bahasa Melayu dan sentiasa tersenyum ketika menjawab soalan yang diajukan. 8 Checklist Penilaian Temuduga SPA Untuk Panduan Calon

5. Penampilan Yang Kemas Dan Sesuai

Penampilan anda akan menjadi perhatian panel. Pakaian yang tidak sopan seperti seluar ketat, baju ketat, tudung singkat, kasut tinggi 6 inci, pakaian berwarna-warni, skirt ketat, duduk bersilang kaki, kuku berwarna, rambut pacak tinggi, misai dan jambang seperti artis, bergaya seperti raver dan hipster, gigi kuning, bulu hidung tidak dikemaskan dan badan yang berbau.

Kebersihan adalah keutamaan majikan. Jangan lupa untuk memakai kasut yang bersih dan bersesuaian ketika hadir temuduga. Jangan memakai wangian yang terlalu wangi dan pastikan aksesori anda tidak keterlaluan. 8 Checklist Penilaian Temuduga SPA Untuk Panduan Calon

6. Susunan SijilĀ  / Dokumen

Panel penemuduga juga akan menyemak sijil serta dokumen yang diperlukan.

Panduan untuk menyusun sijil serta dokumen penting ini juga telah diberi panduan melalui portal rasmi SPA pada bahagian Panduan Temuduga.

Anda boleh rujuk cara untuk menyusun sijil serta melengkapkan MyResume disini. Jadi, perkara ini tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya anda mengikut segala arahan yang telah digariskan oleh pihak SPA.

7. Cara Mengajukan Soalan Kepada Panel Penemuduga

Adakah anda mempunyai soalan? Jangan menjawab tiada soalan. Sebaliknya buat persediaan soalan yang relevan dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Tidak salah sekiranya anda membawa buku nota yang mengandungi soalan untuk ditanya kepada panel penemuduga. Untuk bahagian ini, sudah pasti ada markah tambahan buat anda.

8. Bagaimana Anda Tamatkan Temuduga

Sebaik sahaja penemuduga menyatakan bahawa temuduga telah tamat, jangan terus menarik nafas dengan lega. Anda masih lagi dinilai ketika bangun, menolak kerusi ditempat yang betul, bersalaman, senyum, ucapkan terima kasih, bersalaman, membuka pintu, keluar dan menutup pintu.

Usah tinggalkan dalam keadaan yang tidak kemas. Diingatkan, jangan sekali-kali lupa mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk hadir ke sesi temuduga.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image