Cara Mudah Semak Duit BPN Masuk Dalam Akaun atau Tidak. Boleh Buat Di Rumah Sahaja

161,645

Semak Duit masuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) cara mudah tanpa perlu ke bank.

Untuk sesiapa yang tidak memiliki Online Banking atau tiada akaun bank yang berdaftar dengan BSH/BPN, anda hanya perlu semak di laman web https://bpn.hasil.gov.my untuk mengetahui status bayaran telah berjaya dikredit ke dalam akaun bank anda ataupun belum.

Baca juga: Tarikh Pembayaran BPN Bagi Permohonan Baru dan Rayuan

Tidak perlu keluar rumah, bila status dah BERJAYA KREDIT barulah anda pergi ke mana-mana mesin ATM untuk pengeluaran tunai. Tapi jika anda belum daftar, sila buat pendaftaran BPN Hasil terlebih dahulu.

Cuba buat semakan berpandukan langkah-langkah di bawah.

Langkah 1

Cara Mudah Semak Duit BPN Masuk

  • Sila ke laman bpn.hasil.gov.my.
  • Masukkan No IC anda.
  • Lengkapkan CAPTCHA yang diminta
  • Klik SEMAK

Langkah 2

Cara Mudah Semak Duit BPN Masuk

  • Paparan Semakan Status berada di skrin anda
  • Maklumat lengkap anda seperti nama, no my kad, status permohonan dan jumlah keseluruhan BPN akan dipaparkan.
  • Klik bahagian Maklumat Pembayaran

Langkah 3

Cara Mudah Semak Duit BPN Masuk

  • Setelah anda klik bahagian Maklumat Pembayaran, maklumat lengkap pembayaran akan ditunjukkan.
  • Sama ada pembayaran BPN anda berjaya kredit atau tidak
  • Ditunjukkan juga Nama Bank beserta No Akaun pembayaran tunai BPN anda.
  • Sila ke Bank dan buat pengeluaran sekiranya anda memerlukan.

Contoh di atas merupakan status permohonan yang BERJAYA KREDIT dan ianya merupakan contoh semakan pembayaran Kategori Bujang dan juga terpakai untuk semakan yang BERKELUARGA.

Jika semakan anda tiada seperti di dalam gambar yang ditunjukkan di atas berkemungkinan besar pembayaran anda belum lagi masuk atau sistem masih belum dikemaskini.

Apa pun pastikan anda bersabar menunggu pembayaran BPN ini.

Selamat mencuba

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image