Cara Dapatkan Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Yang Akaun Bank Tidak Aktif. Untuk Tunaikan Bantuan BPN Anda Di Bank

Berikut Merupakan Cara Dapatkan Semak Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Yang Akaun Bank Tak Aktif

39,592

Seperti yang kita tahu, apabila membuat pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kita perlu masukkan nombor akaun bank di dalam maklumat permohonan.

Ini untuk memudahkan proses pembayaran BPN dan bayaran tunai akan dikreditkan terus ke akaun apabila tiba masanya. Mungkin perkara ini bukan isu besar bagi pemegang mana-mana akaun bank yang aktif.

Baca: Cara Mudah Semak Duit BPN Masuk Dalam Akaun atau Tidak. Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Namun, bagaimana pula bagi yang tiada akaun bank yang aktif? Difahamkan LHDNM akan mengeluarkan Nombor Siri BPN buat pemohon yang akaun bank tidak aktif.

Jadi apa itu Nombor Siri BSN? Bagaimana pula nak dapatkannya?

Melalui perkongsian terkini status Facebook MyGCC, perkara ini dijelaskan secara mudah seperti berikut.

Apa Itu Nombor Siri BPN?

Nombor Siri BPN ini khusus dikeluarkan buat pemohon yang lulus untuk pembayaran BPN tetapi tidak mempunyai akaun bank atau bank tidak aktif. Hanya pemohon yang tiada nombor akaun bank atau tidak aktif sahaja akan diberikan untuk mereka membuat pengeluaran bayaran bantuan secara tunai.

Kenapa Nombor Siri BPN Dikeluarkan?

Ianya merupakan usaha LHDN untuk memudahkan pemohon yang akaun akaun bank tidak aktif membuat penunaian bantuan BPN di cawangan BSN seluruh negeri selepas berakhirnya tempoh PKP nanti.

Baca: Semakan BPN Hasil

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Nombor Siri ini adalah untuk memudahkan orang yang tiada akaun bank untuk tunaikan bayaran bantuan mereka.

Cara Dapatkan Nombor Siri BPN

Ada yang menanyakan tentang cara untuk mendapatkan mengenai Nombor Siri jika tiada akaun bank atau bank tidak aktif. Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC sedia membantu dengan memberi penjelasan kepada persoalan ini.

Cara Dapatkan Nombor Siri BPN

Menurut Surjit Kaur, dia telah lulus BPN bagi kategori isi rumah B40 tetapi dia tiada akaun bank kerana akaun banknya tidak aktif. Dia difahamkan bahawa LHDNM akan memberi Nombor Siri dan dia perlu dapatkan Nombor Siri tersebut untuk tunaikan wang bantuannya memandangkan dia tiada akaun bank. Dia juga ingin tahu bila dia dapat tunaikan Nombor Siri tersebut.

Siti memberi penjelasan bahawa Surjit perlu membuat semakan di lama bpn.hasil.gov.my. Kepada sesiapa sahaja yang menghadapi situasi ini, untuk makluman anda Nombor Siri akan diberikan di Portal BPN tersebut. Selepas membuat semakan, nombor siri akan dipaparkan kepada anda dan anda boleh tunaikan Nombor Siri tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat selepas tamatnya PKP.

Jelas pendapat yang dijelaskan oleh Siti bahawa kepada anda yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak aktif, anda perlu mendapatkan Nombor Siri di Portal BPN iaitu dengan menyemak nombor kad pengenalan anda. Anda boleh tunaikan Nombor Siri tersebut di BSN selepas tamat PKP.

Semoga perkongsian ini jelas buat anda yang menghadapi situasi tiada akaun bank, bank tidak aktif atau tersilap masukkan nombor akaun bank.

Info lanjut bakal menyusul.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image