Tarikh Proses & Pembayaran BPN Bagi Mereka Yang Membuat Permohonan Baru dan Pemohon Kategori Rayuan

115,527

Seperti yang kita tahu, nama yang sudah ada rekod dengan BSH dan LHDNM sudah tidak perlu membuat permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Namun masih ramai yang perlu membuat permohonan baru kerana tiada rekod.  Kerajaan telah mengumumkan agihan kemasukan BPN adalah bermula kemarin iaitu 6 April 2020.

Baca: Cara Buat Semakan Pembayaran BPN di Rumah

Bagi yang baru buat permohonan mulai 1 April lepas, ada juga permohonan yang masih belum diluluskan. Jadi bila agaknya pemohon baru akan mendapat kelulusan dan bilakah bayaran BPN akan diterima bagi permohonan baru?

Ketahui jawapannya di perkongsian bawah.

TARIKH BAYARAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN

Berikut adalah jawapan yang dikongsikan oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC bagi persoalan sebegini.

BPN Rayuan

Menurut pernyataan kenyataan di atas, setiap permohonan baru dan permohonan rayuan akan diproses dan di bayar sekaligus pada bulan Mei. Ini bermakna tiada pembayaran akan dilakukan pada bulan April ini.

TARIKH PEMBAYARAN BPN BARU DAN RAYUAN PADA MEI

Siti memberi penjelasan bahawa setiap pemohon yang baru membuat permohonan atau permohonan rayuan BPN dan telah diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Baca: Buat Semakan BPN Hasil Di Sini

Jelas di sini menyatakan bahawa setiap permohonan baru yang belum diluluskan atau sudah diluluskan akan menerima bayaran secara sekaligus pada bulan Mei 2020.

Ini bermakna anda tidak akan menerima sebarang bayaran pada bulan ini. Kerajaan akan selesaikan bayaran bagi yang sudah ada rekod terlebih dahulu.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image