Info Kerjaya Malaysia

Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Di Tangguh Selama 6 Bulan

457

Kerajaan bersetuju untuk memberi penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pengumuman ini merupakan sebahagian dari Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat akibat COVID-19.

Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN.

Penangguhan bayaran balik pinjaman akan memberi manfaat dan membantu hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM750 juta.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 – 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my

DI BAWAH MERUPAKAN PETIKAN UCAPAN LENGKAP PM

Hebahan ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Anda boleh download ucapan ini melalui pautan di bawah.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

close-image