Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40 ~ Terima Bantuan RM300 Sebulan atau RM1,800 Semester

2,131

Bantuan kewangan BKPKK diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil dan diploma jangka panjang iaitu yang melibatkan tempoh pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil) dan maksimum 3 semester (peringkat diploma).

Bantuan kewangan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah.

Baca juga: Permohonan Baru BSH 2020 Secara Online & Download Borang Permohonan Manual

Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Permohonan Bantuan Kewangan Kluster B40 & M40

Matlamat Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40:

Membantu pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa professional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.

Kadar Bantuan Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40:

Di bawah merupakan kadar bantuan kewangan yang akan diterima pelajar yang layak.

  • RM300 ~ 1 Bulan/Sebulan
  • RM1800 ~ 1 Semester/Semester

Syarat Kelayakan: 

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40. Pastikan anda rujuk syarat permohonan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan Bantuan kewangan BKPKK anda.

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil sepenuh masa; iaitu tempoh pengajian selama 16 hingga 24 bulan;
  • Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani dua Salinan perjanjian;
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program;
  • Hanya pelajar semester 1 dan 2 sahaja yang layak memohon bantuan; dan
  • Bagi permohonan kali pertama pelajar Semester 2, syarat pendapatan keluarga dan pencapaian CGPA semester 1 adalah diambil kira

Bagaimana Mohon Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40

Bantuan kewangan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah.

Baca juga: Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022

Untuk memohon, pelajar perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan di atas terlebih dahulu.

Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
163000 Cyberjaya, Selangor.
No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085
Laman Web KPM

close-image