Permohonan Baru BSH 2020 Secara Online & Download Borang Permohonan Manual

173,879
Ingin membuat pendaftaran dan permohonan BSH 2020? Kat mana nak download borang BSH secara online dan hantar borang BSH Manual? Di bawah merupakan panduan ringkas permohonan BSH untuk anda.

Sekiranya anda merupakan salah seorang individu yang cukup syarat dan layak untuk memohon bantuan BSH pada kali ini. Anda boleh mula mengemukakan permohonan baharu bermula 1 Februari 2020 nanti.

Baca juga: eGUMIS Online Permohonan Semakan Wang Tak Dituntut Kini di Buka

Antara syarat membuat Permohonan Baharu dan Kemaskini BSH 2020 adalah seperti di bawah.

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:

  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:

  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    1. Elaun Pekerja Cacat
    2. Bantuan Penjagaan OKU
    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    4. Bantuan Orang Tua

Berikut merupakan maklumat berkaitan tarikh pendaftaran permohonan BSH beserta cara membuat pendaftaran permohonan baru Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) bagi tahun 2020 secara atas talian dan manual.

Tarikh Pendaftaran & Permohonan BSH Baru 2020

Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Tempoh Pendaftaran BSH 2020 adalah RASMI seperti yang diumumkan di dalam Portal BSH. Anda boleh rujuk hebahan tersebut melalui pautan ini.

Cara Membuat Permohonan BSH Baru & Kemaskini BSH.Hasil.Org.My

Pemohon yang cukup syarat dan layak membuat permohonan BSH 2020 boleh mengemukakan permohonan melalui 2 cara utama di bawah.

Baca: Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020. Kerajaan Beri Bantuan Bulanan RM200 Untuk Beli Rumah Pertama

Iaitu permohonan BSH secara online atau secara manual dengan mengisi borang BSH. Di bawah merupakan panduan permohonan dan kemaskini ringkas untuk rujukan anda.

Permohonan BSH Secara Online

Untuk makluman, permohonan BSH 2020 boleh dilakukan secara online melalui portal BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Tempoh permohonan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Di bawah merupakan pautan khas permohonan BSH yang pemohon boleh gunakan untuk mengemukakan permohonan.

Klik pautan di atas dan lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan ke dalam sistem. Maklumat utama yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Maklumat Pemohon
    • Setiap pemohon MESTI mengisi maklumat telefon bimbit kerana nombor tersebut akan digunakan bagi tujuan Transaction Authorization Code (TAC).
    • Nombor TAC akan digunakan ketika pemohon log masuk MyBSH bagi membuat semakan, kemas kini permohonan, cetakan, paparan permohonan dan Peti Mel secara dalam talian.
  • Maklumat Anak

    • Terhad kepada 4 orang anak sahaja untuk diisi dan layak menerima bantuan
  • Maklumat Bank
    • Sila isi maklumat Bank anda
  • Maklumat Waris
    • Hanya waris tertentu yang layak untuk didaftarkan bagi BSH 2020 iaitu sama ada ibu, bapa, pasangan, anak, adik-beradik atau cucu.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti sijil kahwin/sijil cerai/sijil lahir anak. Sijil-sijil ini perlu dimuatnaik ke dalam sistem pendaftaran BSH.

Semasa mengisi permohonan, anda digalakkan untuk memberi maklumat yang tepat dan sahih agar permohonan anda dapat diproses dengan tepat.

Permohonan BSH 2020 Secara Manual Menggunakan Borang

Selain dari permohonan BSH secara online, pengguna juga boleh mengisi borang BSH yang disediakan dan mengemukakan permohonan secara manual. Anda boleh download borang BSH melalui pautan disediakan di bawah.

Baca juga: Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022

Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan BSH 2020 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH.

Setelah borang permohonan diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

Download Borang BSH Online

Anda juga boleh download Borang Permohonan BSH melalui pautan di bawah sebelum mengisi dan menghantar borang tersebut ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mengemukakan Permohonan BSH

Antara dokumen yang diperlukan ketika mengisi borang Bantuan Sara Hidup:

  • Pemohon
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  • Pasangan
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / No. KP Lama / Sijil Lahir
  • Anak
    • Salinan Sijil Lahir
    • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan JPN (bagi anak angkat)

Semakan Permohonan BSH Anda

Pembayaran BSH fasa kedua akan dibuat pada bulan Mei manakala fasa ketiga pada bulan Ogos nanti.

Semakan status permohonan anda boleh dilakukan sama ada di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau melalui aplikasi Bantuan Sara Hidup. Selain itu, anda juga boleh lawati Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk maklumat terkini BSH.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 untuk semakan status permohonan.

Selain itu, anda juga boleh rujuk FAQ Permohonan Baru yang akan disediakan di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image