Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022

17,100

Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022 ini dikhaskan untuk ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal memasuki Darjah 1 tahun depan. Ibu-bapa atau penjaga mestilah membuat pendaftaran online Tahun 1 ambilan 2021~2022.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sistem Aplikasi Permohonan Pendaftaran murid ke darjah 1 ambilan tahun 2021 dan 2022. Melalui pendaftaran secara online ini secara tidak langsung dapat memudahkan ibu bapa membuat pendaftaran anak mereka ke tahun 1 dengan mudah di mana-mana sahaja.

Baca juga: eGUMIS Online Permohonan Semakan Wang Tak Dituntut Kini di Buka

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mahu membuat permohonan daftar anak / jagaan ke tahun 1 boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1 di laman sesawang rasmi KPM.

Sistem Daftar Anak Tahun 1 ini hanya boleh digunakan pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja. Jadi, anda perlu alert dengan hebahan terkini dari KPM untuk melancarkan proses pendaftaran anak anda ke Tahun 1 nanti.

Pendaftaran permohonan murid ke tahun ambilan 2021 dan 2022 boleh dibuat oleh ibubapa / penjaga yang mempunyai anak / jagaan mengikut tarikh kelahiran seperti di bawah.

SESI PERSEKOLAHAN MENGIKUT TAHUN KELAHIRAN

  • Persekolahan Tahun 2021 ~ Bagi yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015
  • Persekolahan Tahun 2022 ~ Bagi yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016

Ibu bapa atau penjaga digalakkan mengenalpasti tahun kelahiran anak / jagaan masing-masing untuk sesi kemasukan tahun persekolahan yang berkenaan bagi mengelakkan ibu bapa membuat sebarang kesilapan semasa melengkapkan butiran dalam sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1, public.moe.gov.my.

SISTEM APLIKASI PERMOHONAN PENDAFTARAN KE TAHUN 1 AMBILAN 2021 / 2022

Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1 dibangunkan bagi memudahkan permohonan dan pendaftaran ke tahun 1 tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa atau penjaga yang pertama kali menggunakan Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1, perlu membuat pendaftaran akaun sebagai pengguna sistem tersebut (Daftar Pengguna Baru) supaya dapat mengakses sepenuhnya sistem permohonan online.

TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN ONLINE TAHUN 1 AMBILAN 2021-2022

Permohonan Daftar Anak Darjah 1

  • Pendaftaran Anak Darjah 1 Di Buka ~ 1 Mac 2020
  • Pendaftaran Anak Darjah 1 Di Tutup ~ 30 April 2020

BAGAIMANA DAFTAR ANAK DARJAH 1

  • Layari Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1.
  • Klik Link https://public.moe.gov.my ~ Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020
  • Daftar Akaun Pengguna
  • Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna, sila log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan seperti yang didaftarkan.

Untuk maklumat lebih lengkap, sila download Manual Pengguna dan Panduan Lengkap melalui pautan di bawah.

MANUAL PENGGUNA

JOIN CHANEL INFO JAWATAN SEMASA

Untuk maklumat terkini dan info jawatan semasa pastikan anda join Chanel Telegram Rasmi Kerjaya melalui pautan di bawah.

CHANEL EKERJAYA

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image