Info Kerjaya Malaysia

Anda Usahawan Online? Wajib Letakkan 8 Perkara Ini Sebelum Didenda KPDNHEP

1,097

Anda Usahawan Online? Wajib Letakkan 8 Perkara Ini Sebelum Didenda KPDNHEP

Tahukah anda bahawa pada 1 Julai 2013, Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 telah dikuatkuasakan. Melalui undang-undang ini, perniagaan dalam talian perlu mempamerkan beberapa maklumat mengenai perniagaan yang dijalankan.

Namun masih lagi ramai penjual online tidak mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasakan ini.

Ingin ketahui 8 perkara wajib tersebut?

8 Perkara Wajib Diletakkan Dalam Perniagaan Online

Sila semak semula 8 perkara yang wajib diletakkan dalam perniagaan online anda seperti :

  • Nama penjual, syarikat atau perniagaan yang membekalkan barangan atau perkhidmatan melalui dalam talian.
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon perniagaan dalam talian.
  • Keterangan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Harga penuh barangan atau perkhidmatan yang perlu dibayar. Ianya termasuk kos penghantaran, cukai atau apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran.
  • Terma dan syarat.
  • Anggaran masa penghantaran kepada pembeli.

Anda Usahawan Online? Wajib Letakkan 8 Perkara Ini Sebelum Didenda KPDNHEPApa Yang Berlaku Sekiranya Peniaga Gagal Patuh Arahan?

  • Dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Malahan anda juga akan didenda sekiranya berniaga secara online tetapi PM TEPI seperti yang dilakukan sebelum ini dan rujuk sini untuk info selanjutnya.

close-image