Info Kerjaya Malaysia

Tiada Lagi Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM Sekiranya Cukai Jalan Tamat Tidak Melebihi 3 Tahun

408

Tiada Lagi Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM Sekiranya Cukai Jalan Tamat Tidak Melebihi 3 Tahun

Pada 1 September yang lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengeluarkan 1 pekeliling berkaitan dengan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM. Ia melibatkan kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan tidak lebih daripada 3 tahun.

Tarikh Pelaksanaan

Mulai 4 September 2020 ini, anda boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.

Jenis Kenderaan Yang Dikecualikan Pemeriksaan PUSPAKOM

Namun, hanya 2 jenis kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk pengecualian pemeriksaan PUSPAKOM buat masa ini iaitu :

  • Motorsikal
  • Kereta persendirian

Bagi kenderaan-kenderaan lain, anda perlu membawa kenderaan anda ke PUSPAKOM seperti biasa sekiranya tamat cukai jalan melebihi tempoh yang ditetapkan.

Dokumen Pekeliling JPJ

Tiada Lagi Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM Sekiranya Cukai Jalan Tamat Tidak Melebihi 3 Tahun

Tiada Lagi Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM Sekiranya Cukai Jalan Tamat Tidak Melebihi 3 Tahun

Tiada Lagi Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM Sekiranya Cukai Jalan Tamat Tidak Melebihi 3 Tahun

Proses Pembaharuan Cukai Jalan

Untuk membuat pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuatnya secara online melalui portal rasmi MySikap.

Bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.

close-image