Info Kerjaya Malaysia

Contoh Cover Letter Beserta Nama Rujukan Dalam Bahasa Inggeris. Download & Edit Template Ini

939

Cover Letter Beserta Senarai Rujukan Dalam Bahasa Inggeris

Jika anda menghantar resume anda dalam bahasa Inggeris, pastikan juga anda menghantar cover letter dalam bahasa Inggeris juga. Aplikasikan kaedah ini kerana ia merupakan satu perkara yang mudah untuk anda lakukan walaupun sekadar menghantar cover letter bersama resume.

Jarang-jarang sekali atau mungkin tidak ada langsung pemohon kerja yang menghantar cover letter dengan menyertakan nama rujukan di dalamnya.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kelebihan sekiranya anda meletakkan nama rujukan di dalam cover letter anda?

Baca juga : Contoh Dokumen Senarai Rujukan Untuk Temuduga.Download Sahaja Disini

Senarai Nama Rujukan

Seperti anda sedia tahu, nama rujukan akan diletakkan dibahagian akhir sekali resume. Tetapi lebih baik sekiranya anda tidak meletakkan nama senarai rujukan dan asingkan ke dalam dokumen SENARAI RUJUKAN yang lain.

Sentiasa bersedia dengan menyediakan salinan dokumen senarai rujukan ketika anda hadir temuduga. Berikan kepada penemuduga sekiranya diminta.

Walaupun anda telah meletakkan nama rujukan ke dalam cover letter, pastikan masukkan juga nama rujukan tersebut ke dalam dokumen senarai rujukan anda. Mana tahu semasa temuduga, penemuduga meminta salinan dokumen senarai rujukan daripada anda.

Contoh Cover Letter Beserta Senarai Rujukan Dalam Bahasa Inggeris. Download & Edit Template Ini

Cover Letter Bahasa Inggeris

Sama seperti cover letter bahasa Melayu, anda gunakan format yang sama untuk siapkan cover letter bahasa Inggeris anda. Anda boleh gunakan contoh cover letter dan template yang akan dikongsikan ini.

Anda juga boleh rujuk : Contoh Cover Letter Bahasa Inggeris, Download, Edit & Masukkan Maklumat Anda Sekarang 

Contoh Dan Template Cover Letter Bahasa Inggeris

Download contoh dan template ini. Edit mengikut kesesuaian jawatan yang dipohon.

Contoh 1

Contoh 2

Anda juga boleh rujuk : Temuduga Dalam Bahasa Inggeris? Hafal Soalan Dan Jawapan Ini

close-image