Cara Betul Gunakan Bullet Points Dalam Cover Letter. Majikan Pasti Suka

1,659

Gunakan Bullet Points Dalam Cover Letter

Bolehkah Bullet Points digunakan dalam cover letter anda? Ya, boleh. Penggunaan bullet points di dalam cover letter dapat membantu majikan untuk terus fokus kepada kemahiran atau pengalaman yang diperlukan dan sepadan dengan kehendak mereka.

Untuk lebih tahu bagaimanakah cara untuk membuat cover letter dengan menggunakan bullet points, baca perkongsian ini untuk lihat cara-caranya.

Cara Memasukkan Bullet Points

Seperti cover letter biasa, masukkan pendahuluan yang menjelaskan tujuan anda menulis cover letter kepada majikan.

Kemudian terangkan pengalaman kerjaya anda dan letakkan bullet points untuk :

  • Kelayakan kerjaya anda
  • Kemahiran kerjaya anda
  • Pencapaian kerjaya anda

Selain daripada itu, anda perlu :

  • Ringkaskan ayat di setiap penerangan anda.
  • Letakkan noktah dihujung ayat anda.
  • Elakkan simbol yang keterlaluan.
  • Gunakan format yang sederhana.
  • Padankan kelayakan dengan deskrepsi jawatan yang dipohon.
  • Masukkan keywords yang sepadan.

Baca ini : Tips Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter.

Cara Gunakan Bullet Points Dalam Cover Letter. Ini Caranya

Gunakan Format Cover Letter Bisnes

Gunakan format cover letter bisnes untuk menghantar cover letter terutamanya melalui emel. Anda boleh delete perenggan alamat dan gantikan terus dengan subjek cover letter anda.

Pengenalan Cover Letter

Pastikan anda meletakkan tujuan anda menghantar cover letter kepada majikan.

Letakkan nama jawatan yang dipohon dan nyatakan dimana anda mengetahui tentang jawatan kosong tersebut. Nyatakan nama orang yang mencadangkan jawatan tersebut kepada anda.

Bullet Points

  • Sebutkan bagaimana kelayakan anda sesuai dengan pekerjaan yang dipohon.
  • Tonjolkan pengalaman dan pencapaian anda yang paling relevan.
  • Tunjukkan kepada majikan mengapa anda sangat sesuai dengan jawatan yang dipohon.
  • Pilih kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Fokus pada kelayakan dan kemahiran yang paling sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Penutup

Masukkan perenggan penutup dan tandatangan anda pada akhir cover letter.

Rujuk ini : Jenis Cover Letter Yang Anda Perlu Tahu Beserta Contoh

Tips Menulis Cover Letter Dengan Bullet Points

Jangan terus copy dan paste resume anda. Sebaliknya anda boleh menulis semula resume anda dengan menyatakan kelayakan anda serta kelebihan anda berdasarkan deskripsi jawatan yang diiklankan.

Gunakan 3 hingga 6 bullet points untuk menyenaraikan kepakaran dan pencapaian kerjaya anda.

Pastikan anda menyesuaikan cover letter anda dengan kerja yang dipohon. Ada juga boleh edit bullet points untuk memohon jawatan yang lainnya.

Cara Gunakan Bullet Points Dalam Cover Letter. Ini Caranya

Contoh Penggunaan Bullet Points

  • Menguruskan komunikasi yang luas dalam syarikat termasuk pengalaman media sosial.
  • Pengalaman sebagai guru ganti di sekolah rendah.
  • Pengurus sumber manusia yang diperakui dengan pengalaman merekrut dan pengambilan pekerja secara profesional.
  • Menguruskan projek berjalan dan siap mengikut jadual dengan memastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja yang telah siap.

Contoh Cover Letter

Berikut adalah cover letter yang  menggunakan bullet points untuk highlight kemahiran dan kebolehan yang sepadan dengan kerjaya.

Jadi, anda boleh menggunakan bullet points di dalam cover letter anda agar majikan dapat fokus terus kepada keywords yang diperlukan oleh mereka. Gunakan bullet points untuk anda highlight pada keywords yang sepadan dengan kehendak majikan.

Gunakan dengan betul supaya tujuan cover letter anda sampai dengan jelas kepada majikan. Gunakan format yang betul supaya format cover letter anda tidak berubah apabila sampai pada majikan iaitu menggunakan format .doc atau PDF.

Semoga perkongsian ini membantu anda menghasilkan cover letter yang menepati kehendak majikan di masa akan datang.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image