Contoh Cover Letter Bahasa Inggeris, Download, Edit & Masukkan Maklumat Anda Sekarang

12,023

Cover Letter Bahasa Inggeris

Jika anda menyediakan resume dalam bahasa Inggeris, pastikan juga anda menyediakan cover letter anda dalam bahasa Inggeris. Sekiranya anda menyiapkan resume dalam bahasa Melayu, pastikan juga anda menyediakan cover letter dalam bahasa yang sama.

Bahasa Inggeris juga boleh digunakan sekiranya anda ingin memohon kerja, anda boleh hantar email permohonan begini.

Jadi, bagaimana untuk menyediakan cover letter dalam bahasa Inggeris? Anda boleh dapatkan contoh cover letter dalam bahasa Inggeris yang disediakan dibawah.

Baca juga Bagaimana Menulis Resume Dalam Bahasa Inggeris Beserta Contoh

Tidak Sertakan Cover Letter

Tahukah anda bahawa cover letter sangat penting untuk disertakan bersama resume anda?

Kebanyakan pemohon kerja tidak menyertakan cover letter bersama resume yang dihantar kepada majikan. Bagi HR atau bakal majikan yang melihat semua aspek pemohon pekerjaan, sudah pastinya ini dianggap sebagai satu kesilapan apabila anda tidak menyertakan cover letter bersama resume.

Oleh itu, diingatkan kepada semua pemohon pekerjaan, anda WAJIB untuk menyertakan cover letter bersama-sama resume anda walaupun melalui emel.

Cara Menulis Cover Letter

Cover letter merupakan salah satu surat untuk memohon pekerjaan. Jadi, sebelum majikan melihat resume anda, mereka akan melihat cover letter anda dan dapat megetahui bahawa anda memohon pekerjaan di syarikat mereka melalui iklan yang telah dipaparkan sebelum ini.

Cara untuk menulis cover letter ialah :

  • Masukkan nama serta nombor telefon dan emel anda.
  • Nama dan alamat majikan anda.
  • Tarikh permohonan.
  • Masukkan ucapan aluan atau salutation seperti Tuan / Puan, Encik / Cik atau masukkan nama individu tersebut sekiranya anda tahu seperti ” Dear / Hi Mr Tan”
  • Masukkan nama jawatan yang dipohon.
  • Pendahuluan dengan menyatakan sebab anda menghantar cover letter.
  • Ceritakan kelayakan anda, kemahiran, pengalaman dan pencapaian anda secara ringkas dan lengkap.
  • Nyatakan kelebihan anda yang boleh membantu syarikat lebih berkembang dan maju. Pastikan ianya sepadan dengan senarai skop kerja yang telah disenaraikan oleh bakal majikan sebelum ini.
  • Akhir sekali masukkan penutup dengan memasukkan maklumat yang berkaitan seperti nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi oleh pihak majikan.
  • Kemudian check semula ejaan, tatabahasa sebelum anda menghantar cover letter dan resume anda.

Contoh Cover Letter Bahasa Inggeris

Baca juga: Contoh Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image