Tips Mohon & Dapat Kerja Guna Emel Bahasa Inggeris Untuk Graduan

1,298

Mohon & Dapat Kerja Pakai Emel Dalam Bahasa Inggeris

Agak mencabar apabila minta kerja menggunakan emel dan berbahasa Inggeris pula. Tetapi tahukah anda bahawa itu adalah satu point yang terbaik buat anda sekiranya anda memohon pekerjaan terutamanya melibatkan pekerjaan yang berbentuk profesional dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Jika anda ingin mohon pekerjaan menggunakan emel dalam bahasa Inggeris, lihat tips yang akan dikongsikan ini.

Baca sini : Cara Mohon Kerja Melalui Emel. 

Format Mohon Kerja Melalui Emel

Berikut adalah format untuk anda memohon pekerjaan melalui emel yang menjadi perhatian Bahagian Pengambilan sebuah syarikat terkenal.

1. Emel Profesional

Pastikan anda membuat satu emel yang profesional. Contoh : [email protected]. Elakkan anda menghantar emel dengan alamat emel seperti [email protected] atau [email protected].

2. Subject Header

Emel anda mestilah mempunyai Subject Header supaya bahagian pengambilan pekerja dapat mengetahui bahawa anda adalah calon yang memohon pekerjaan bagi jawatan yang ditawarkan.

3. Isi Kandungan 

Isi kandungan disini merupakan satu bentuk Cover Letter yang mengandungi :

  • Pengenalan diri (ringkas dan padat).
  • Pengalaman praktikal / internship / latihan industri / bekerja.
  • Kelebihan diri yang unik dan lain daripada yang lain.
  • Butiran untuk dihubungi ( Contact details).
  • Email signature

Contoh email signature

Tips Terbaik Mohon & Dapat Kerja Guna Emel Bahasa Inggeris

4. Lampiran (Attach File)

Lampiran yang perlu anda sertakan bersama emel permohonan anda ialah :

  • Cover letter
  • Resume
  • Recommendation Letters ( Surat sokongan).  Anda boleh dapatkan surat ini daripada majikan tempat anda membuat latihan praktikal atau pensyarah / supervisor dan majikan tempat anda bekerja sekarang. Jadi, penting untuk membina hubungan baik dengan setiap orang yang bekerja bersama anda.
  • Namakan setiap fail dengan betul supaya senang dibaca serta kecilkan saiz fail anda supaya senang dan mudah untuk dibuka. Contoh nama file :
  1. COVER_LETTER ADAM
  2. RESUME_ADAM
  3. RECOMMENDATION_LETTER_ADAM

Rujuk sini untuk penggunaan keywords : Tips Penggunaan Keywords Dalam Cover Letter, Resume dan CV

Contoh Emel Bahasa Inggeris

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image