Topik Pengetahuan AM Berkaitan Dasar & Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41

2,396

Umumnya soalan pengetahuan AM SPA adalah berkaitan dengan isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara. Sebagai calon anda perlu alert dengan setiap peristiwa yang berlaku. Tambahan jika peristiwa tersebut memberi kesan kepada negara dari politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, pengetahuan berkaitan penjawatan itu sendiri yang perlu diberikan perhatian oleh calon. Contohnya, sekiranya anda memohon jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41, anda perlulah ambil tahu mengenai fungsi dan bidang tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Mudahnya anda perlulah tahu serba sedikit mengenai jawatan yang anda pohon. Ini penting agar setiap soalan berkaitan penjawatan dapat dijawab dengan baik dalam peperiksaan nanti.

Tahukah anda saban tahun, soalan-soalan berkaitan dasar yang dilaksanakan kerajaan akan di tanya dalam peperiksaan SPA. Oleh itu, anda perlu mempunyai pengetahuan umum berkenaan dasar kerajaan, polisi dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ini bakal bantu anda dalam peperiksaan nanti. Persoalannya sekarang ialah dasar mana yang perlu diberikan perhatian.

DASAR MANA YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN?

Soalan begini terlalu umum untuk di jawab. Namun, berdasarkan soalan-soalan Pengetahuan AM PSEE SPA lepas apa yang boleh kami simpulkan ialah seperti di bawah;

  • Studi dasar yang mempunyai kaitan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Studi isu yang timbul akibat pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Studi juga kesan akibat perlaksanaan dasar.

Kebiasaannya soalan akan lebih menjurus kepada perkara-perkara di atas akan ditanya.

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2014

Berikut sedikit maklumat berkaitan skop soalan yang pernah di tanya dalam Peperiksaan Online SPA Tahun 2014:

  1. Pentadbiran Tanah Negeri & Daerah (Tanggungjawab)
  2. Perlembagaan Malaysia (Perlindungan)
  3. 12 Bidang Kuasa Utama Negara (NKEA)
  4. Gempa Bumi Jepun
  5. Penswastaan
  6. Defisit dan Imbangan Perdagangan
  7. Fokus Utama Pembangunan Bio-teknologi Negara

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2015

  1. Objektif Penubuhan ASEAN
  2. NKRA & 1AZAM
  3. Organisasi di Bawah PBB
  4. Koridor Wilayah Ekonomi Negara
  5. Prinsip Rukun Negara
  6. EKUINAS
  7. Agensi Yang Melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary Credit)
  8. Negara Yang Laksanakan GST di ASEAN
  9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2016

  1. Perjanjian Penubuhan Malaysia
  2. Penglibatan Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa
  3. Wakil Kerajaan ke PBB
  4. Kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Ke atas ASEAN
  5. Pelaburan Asing Ke atas Negara
  6. Kabinet
  7. Agensi di Bawah KPDNKK
  8. Pendudukan Jepun
  9.  Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Topik soalan yang luas bukan? Untuk makluman, hanya satu soalan diajukan bagi setiap topik di atas. Maknanya anda perlu tahu mengenai topik tersebut untuk menjawab.

Kepada calon terlibat ambil tahu tentang perkara di atas sedikit sebanyak. Mungkin berguna jika set soalan yang serupa diajukan nanti.

APA PULA SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM 2020

Berikut adalah cadangan topik yang WAJIB calon kuasai :

  1. Struktur Pentadbiran Persekutuan
  2. Badan Kehakiman
  3. Badan Perundangan
  4. Badan Eksekutif
  5. Dasar negara
  6. Asas komputer
  7. Perakaunan asas
  8. Hubungan Serantau

Walaupun tak banyak perkara yang berlaku dalam negara selain dari isu-isu politik. Anda sebagai calon perlu juga ambil tahu sedikit sebanyak perkembangan dalam dan luar negara. Ini temasuklah hubungan luar dan serantau dalam ASEAN.

NOTA: Apa yang terbaik ialah ambil tahu perkara yang berlaku 6-8 bulan kebelakang. Ingat sedikit isu-isu yang berlaku.

NOTA BERKAITAN DASAR SOALAN PTMF41

Anda inginkan nota berkaitan dasar-dasar kerajaan? Untuk makluman, segala nota terkini berkaitan dasar kerajaan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 dan kerja kerajaan telah dikemaskini dalam panduan terkini peperiksaan yang dikeluarkan di bawah.

Terdapat Nota ringkas dan ilustrasi yang disediakan untuk memudahkan studi anda. Antara nota core yang dimasukkan khas untuk anda adalah seperti berikut:

1. Maklumat Perjawatan
2. Struktur Organisasi Kerajaan
3. PArlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara
4. Kementerian
5. Pentadbiran Malaysia
6. ASEAN
7. Banyak lagi tajuk dimuatkan

Nota Pengetahuan AM lain adalah seperti topik berikut: Sebenarnya pelbagai lagi topik Pengetahuan AM yang dimuatkan dalam rujukan di bawah.

MAKLUMAT PENJAWATAN PTF41

Ringkasan maklumat penjawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 juga telah dimasukkan. Khas untuk membiasakan anda dengan tugas dan peranan seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Ia berguna semasa peperiksaan dan juga semasa anda hadiri temuduga nanti.

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTMF41

Di bawah merupakan panduan khas peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Oh ya, hanya 500 tempahan awal akan dibuka untuk edaran dan tempahan. Jadi segera buat tempahan sebelum jualan ditutup.

Dimuatkan nota, contoh soalan dan jawapan ketiga seksyen peperiksaan. Jadi anda boleh jadikan panduan di bawah sebagai rujukan utama peperiksaan PTMF41 kali ini. Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh terus akses laman tempahan melalui pautan yang disediakan di bawah. Klik gambar atau link untuk terus ke laman tempahan.

TEMPAH RUJUKAN PTMF41

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image