Nak Hadir Temuduga Kerja? Elakkan Bersiap Dengan 9 Benda Ini
Nak Hadir Temuduga Kerja? Elakkan Bersiap Dengan 9 Benda Ini
Jika anda mendapat panggilan temuduga, pakaian apa yang perlu dipakai? Pastinya anda tahu cara untuk berpakaian sekiranya hadir untuk temuduga. Tetapi ada elakkan 9 perkara ini untuk hadir temuduga.
Ini kerana ia memberikan satu penilaian yang tidak bagus terhadap penampilan anda.
1. Elakkan Warna Yang Terang Dan Berkilauan
Berhati-hati ketika memilih pakaian. Elakkan memakai pakaian yang berwarna terang dan berkilauan.
Namun jika anda ingin memakai warna terang seperti warna merah, sesuaikan dengan seluar atau skirt labuh yang berwarna hitam untuk seimbangkan warnanya.
Baca ini : Tips Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Wanita Hadir Temuduga
2. Tidak Perlu Memakai Blazer
Agak kemas dan sesuai jika anda memakai blazer ketika menghadiri temuduga. Namun tidak sesuai jika dipakai dengan baju yang berleher V atau t-shirt di dalam blazer.
Pakai blazer dengan baju atau kemeja yang sesuai untuk menyerlahkan penampilan anda.
3. Jangan Wangi Yang Berlebihan
Pakai wangian yang agak lembut baunya. Kemungkinan pewangi yang anda pakai tidak sesuai dengan penemuduga dan mungkin mereka tidak suka dengan pewangi yang berbau terlalu kuat.
4. Tanggalkan Head Phone Atau Ear Phone
Jangan sekali-kali memakai alat ini ketika menghadiri temuduga. Jika anda ada memakai sebelum nama anda dipanggil, jangan lupa untuk buka dan simpan di dalam beg anda.
5. Tidak Perlu Terlalu Kasual
Walau apa jenis industri yang akan anda hadapi ketika temuduga, anda perlu berhati-hati untuk memakai pakaian secara kasual. Ia seolah anda tidak profesional ketika menghadiri temuduga sekiranya anda mengenakan t-shirt, seluar jeans dan kasut yang tidak bertutup.
6. Elakkan Memakai Pakaian Yang Lusuh
Laburkan sedikit duit dengan membeli pakaian baru. Ini kerana penemuduga akan melihat penampilan anda dan mereka boleh memberi penilaian berdasarkan pandangan pertama saat anda melangkah masuk di hadapan mereka.
Pakai kasut baru yang sesuai dan pastikan kasut anda bersih dan tidak kotor.
7. Elakkan Bersolek Tebal
Tidak salah jika anda bersolek ketika menghadiri temuduga. Tetapi jangan keterlaluan dan bersederhana untuk hadir temuduga. Solek sederhana supaya wajah anda tidak terlalu kusam dan tidak bertenaga ketika temuduga.
Sila baca : 5 Tips Solekan Untuk Temuduga
8. Ikatan Tradisional Tali Leher
Jika anda memakai tali leher,pastikan anda ikat dengan secara biasa atau tradisional. Pilih corak yang sederhana dan warna yang natural.
9. Pakai Aksesori Sederhana
Pastikan anda memakai akseseori secara sederhana. Contohnya anda pakai jam yang tidak terlalu besar dan berwarna warni. Elakkan memakai rantai, gelang atau anting-anting yang besar.
Bagi lelaki pula, elakkan memakai tali pinggang berkepala besar atau memakai cermin mata gelap ketika temuduga.
Apa sahaja pakaian yang dipakai, elakkan bersiap dengan 9 perkara ini. Tunjukkan bahawa anda seorang yang profesional ketika meghadiri temuduga. Semoga berjaya.