Rayuan Geran Khas Prihatin Dibuka. Sila Buat Rayuan Melalui Link Ini

79,863

Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP)

Bagi pemohon GKP yang telah dibuka permohonannya pada 1 Mei hingga 15 Mei 2020 yang lepas boleh membuat semakan kelulusan GKP pada 3 Mei 2020 dipautan berikut Semakan Lulus Geran Khas Prihatin: Status Permohonan & Tarikh Pembayaran.

Tarikh Pembayaran

Pemohon GKP yang lulus dijangka akan menerima bayaran secara kredit terus ke akaun masing-masing mengikut permohonan bermula 15 Jun 2020.

Bagi permohonan yang masih dalam semakan pula, keputusan permohonan anda akan diumumkan pada 8 Jun 2020 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun 2020.

Rayuan GKP

Pihak Kerajaan bersetuju untuk memberikan peluang kepada mereka yang yang tercicir dan gagal dalam permohonan untuk membuat rayuan mulai 3 Jun 2020 hingga 15 Jun 2020 melalui pautan berikut :

Untuk makluman, tiada permohonan rayuan secara manual atau ke kaunter LHDNM dalam masa terdekat.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Portal GKP oleh pemohon bagi setiap kategori rayuan adalah seperti berikut :

Rayuan Geran Khas Prihatin Dibuka. Mohon Rayuan Sekarang

Keputusan Rayuan & Tarikh Pembayaran

Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 22 Jun 2020 dan tarikh pembayaran GKP bagi permohonan rayuan dijangka dibuat pada 29 Jun 2020.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai permohonan rayuan GKP, sila layari atau hubungi pautan dan nombor telefon berikut :

  • Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara),
  • HASiL Live Chat.
  • Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas : MAKLUMBALAS
  • Facebook LHDNM
  • Twitter LHDNM

Kenyataan Media LHDNM

Berikut adalah kenyataan media LHDNM mengenai rayuan GKP.

FAQ Rayuan GKP

1. Bilakah tarikh tempoh permohonan Rayuan Geran Khas PRIHATIN (GKP) bermula?

Permohonan rayuan boleh dibuat bagi pemohon berstatus TIDAK LULUS bermula 3 Jun sehingga 15 Jun 2020.

2. Bagaimanakah prosedur untuk mengemukakan permohonan Rayuan GKP?

Permohonan Rayuan GKP perlu dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Tiada permohonan Rayuan GKP secara manual di cawangancawangan LHDNM.

3. Mengapakah saya gagal untuk membuat Rayuan GKP bagi permohonan berstatus TIDAK LULUS?

Permohonan Rayuan GKP tidak boleh dibuat bagi situasi seperti berikut; i. Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP; ii. Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama; iii. Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020; atau iv. Perniagaan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Saya berstatus TIDAK LULUS atas Perniagaan A, adakah saya boleh membuat permohonan Rayuan GKP atas Perniagaan B?

Pertukaran perniagaan bagi tujuan Rayuan GKP adalah tidak dibenarkan.

5. Semakan status permohonan GKP saya TIADA REKOD, adakah permohonan Rayuan GKP boleh dibuat?

Tempoh permohonan GKP telah ditutup pada 15 Mei 2020 (Jumaat). Tiada permohonan baharu GKP dalam tempoh Rayuan GKP.

6. Bilakah semakan status permohonan Rayuan GKP boleh dibuat?

Semakan status permohonan Rayuan GKP boleh dibuat mulai 22 Jun 2020 (Isnin) secara dalam talian melalui portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my/).

7. Bilakah tarikh pembayaran Rayuan GKP akan dibuat?

Pembayaran permohonan Rayuan GKP akan dibuat mulai 29 Jun 2020 (Isnin).

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image