Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 (Julai): Permohonan Baru dan Kemaskini Akaun
Tarikh Bayaran Baki BSH Julai.
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, baki Bantuan Sara Hidup (BSH) akan di bayar pada Julai 2020 nanti.
Di bawah merupakan jadual pembayaran rasmi yang dikeluarkan oleh LHDN mengenai jadual pembayaran BSH Julai nanti.
Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan, tarikh bayaran BSH Fasa 3 akan dibuat sebelum hujung bulan Julai 2020 ini.
Berikutan dengan pengumuman tersebut, penerima BSH lepas akan menerima bayaran seperti yang telah ditetapkan.
Penerima juga tidak perlu membuat sebarang permohonan baru atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat berlaku.
Anda hanya perlu membuat permohonan kemaskini BSH sekiranya ada perubahan maklumat berlaku.
Tarikh pembayaran BSH ini juga diawalkan bertujuan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang berlaku diseluruh dunia.
Tambahan Bantuan BSH RM120 Seorang
Permohonan Baru & Kemaskini
Untuk permohonan baru BSH, anda boleh dapatkan maklumat lanjut permohonan melalui pautan ini ~ Permohonan Baru BSH. Untuk kemaskini pula anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.
Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my, atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.
Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:
- Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
- Alamat surat menyurat terkini dan emel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris
Semakan Status Pembayaran
Untuk membuat semakan, anda boleh ikuti langkah berikut :
- Pergi ke portal rasmi BSH
- Pilih menu SEMAKAN STATUS PERMOHONAN (Maklumat Pembayaran BSH 2020)
- Buat semakan dengan memasukkan maklumat yang diminta.
- Status permohonan akan dipaparkan.
Paparan Status
- Dalam proses pengkreditan : Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
- Tunai : Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Akibat dari perintah PKP, Kaunter dan Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) tidak beroperasi mulai 26 Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui portal rasmi bsh.hasil.gov.my
FAQ Pembayaran BSH Julai
1. Bila pembayaran BSH terkini akan dilakukan?
Pembayaran BSH terkini akan dikreditkan ke akaun pada bulan Julai
2. Adakah saya perlu membuat permohonan baru BSH nanti?
Tidak perlu sekiranya anda merupakan penerima BSH sedia ada.
3. Perlukah saya kemaskini BSH untuk menerima bayaran ini?
Anda hanya perlu membuat kemaskini akaun jika ada perubahan maklumat diri sahaja.
4. Bagaimana wang BSH dikreditkan?
Pembayaran akan terus disalurkan ke akaun bank berdaftar anda.