Info Kerjaya Malaysia

Talian Hotlink Percuma Untuk Frontliner Kesihatan Covid-19 Selama 3 Bulan. Siapa Cepat, Dia Dapat!

1,041

Maxis Taja Talian Hotlink Percuma Untuk Frontliner Kesihatan Covid-19

Bagi menghargai jasa baik petugas kesihatan yang bertungkus lumus bertugas sepanjang pandemik Covid-19, Maxis menawarkan promosi khas untuk frontliner kesihatan di 86 hospital awam dan swasta diseluruh negara.

Jenis Promosi

Promosi ini berbentuk akses percuma selama 3 bulan bagi pelan Hotlink Postpaid 60.

Talian Hotlink Percuma Untuk Frontliner Kesihatan Covid-19 Selama 3 Bulan

Kerjasama Maxis Dan Hospital

Maxis bekerjasama dengan 86 hospital seluruh Malaysia akan menyebarkan promosi ini kepada kakitangan hospital.

Pengambilan langganan akan dilakukan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

“Kami menyedari dedikasi para pekerja barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan keselamatan mereka untuk terus mengatasi COVID-19. Oleh itu, kami ingin menghargai usaha dan terus menyokong mereka dengan tawaran istimewa tiga bulan ini. Kami berharap dapat bekerjasama dengan hospital di seluruh negara untuk memudahkan penyebaran tawaran ini.”

Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

Talian Hotlink Percuma Untuk Frontliner Kesihatan Covid-19 Selama 3 Bulan

Cara Untuk Dapatkan Promosi Hotlink Percuma Untuk Frontliner Kesihatan Covid-19

Sekiranya anda ingin mendapatkan tawaran ini,

  • Anda perlu pergi ke Pusat Maxis yang berdekatan.
  • Buat pendaftaran.
  • Siap mendaftar, anda boleh mengambil pek SIM.
  • Aktifkan langganan anda.

Nota : Anda boleh terus menggunakan kad SIM setelah tamat tempoh akses percuma selama 3 bulan.

Talian Hotlink Percuma Untuk Frontliner Kesihatan Covid-19 Selama 3 Bulan

close-image