Duit For Baby Campaign BSN My First, Jom Sertai Sekarang

1,836

Duit For Baby Campaign BSN My First

Deposit hanya sebanyak RM50, seramai 10,000 penyimpan pertama yang menyertai BSN My First dan mengikuti kursus kewangan secara online yang disediakan oleh AKPK akan menerima hadiah iaitu simpanan bernilai RM50. Hadiah tersebut akan didepositkan ke dalam akaun BSN My First masing.

Hadiah Untuk Dimenangi

Penyimpan juga berpeluang untuk menang hadiah BSN SSP yang bernilai sehingga RM5,000 dengan menghantar 3 slogan selepas mengikuti Kursus Kewangan AKPK.

Tarikh Kempen

Kempen ini telah bermula pada 23 Jun dan akan berakhir pada 31 Disember 2020.

Syarat Untuk Menyertai Baby Campaign BSN My First

Untuk menyertai kempen ini,

  • Anda perlu mempunyai akaun simpanan BSN (Amanah) untuk layak menyertai keahlian BSN MyFirst dan akaun simpanan BSN (Individu) untuk keahlian BSN Smart Junior (“BSJ”).
  • Permohonan keahlian BSN MyFirst / BSJ hendaklah dibuat melalui borang permohonan yang ditetapkan yang perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh pemohon / ibu / bapa / penjaga sah.
  • Pelanggan hendaklah membuat deposit minimum permulaan seperti yang ditetapkan oleh pihak BSN.
  • Pelanggan hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran sekali dalam sebulan daripada jumlah baki simpanan semasa dan tertakluk kepada baki minimum yang ditentukan oleh BSN dari semasa ke semasa.

Cara Menyertai Kempen Baby Campaign BSN My First

Duit For Baby Campaign BSN My First , Jom Sertai Sekarang

  • Setelah tamat kursus, BSN akan depositkan RM50 ke akaun anda.
  • Sertai pertandingan slogan dan sertai pertandingan JomShoppingBersama dengan memenangi hadiah bulanan BSN SSP bermula RM300 sehingga RM5,000.

Duit For Baby Campaign BSN My First , Jom Sertai Sekarang

Terma & Syarat

1. Kelayakan

  • Kanak-kanak berumur satu (1) hari sehingga di bawah tujuh (7) tahun adalah layak untuk membuka BSN MyFirst bersama ibu / bapa / penjaga sah yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas.

2. Penamatan

  • Penamatan dibenarkan atas permintaan pelanggan selepas satu (1) tahun mendaftar dengan
    melengkapkan borang penamatan seperti yang dinyatakan oleh BSN.

3. Kanak-kanak mencapai umur 7 tahun

  • BSN Myfirst akan ditukarkan kepada keahlian BSJ apabila kanak-kanak telah mencapai umur tujuh (7) tahun dan akaun pelanggan akan kekal di bawah akaun amanah.
  • Pelanggan akan ditadbir di bawah Terma dan Syarat BSJ dan mana-mana Terma dan Syarat berkaitan yang ditetapkan oleh BSN.
  • Pelanggan boleh atas permintaan untuk menukar akaun Amanah kepada akaun Individu di mana-mana Cawangan BSN dan akan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang mentadbir pembukaan akaun seperti yang ditentukan oleh BSN dari semasa ke semasa.
  • Pelanggan perlu mengemaskini maklumat persekolahan seperti nama sekolah, alamat sekolah atau sebarang maklumat yang berkaitan di mana-mana Cawangan BSN.

Maklumat & Pertanyaan

Sebarang maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi BSN di :

  • Contact Centre BSN : 1300 88 1900
  • Portal Rasmi BSN : MyBSN
  • Portal Rasmi AKPK : AKPK
  • AKPK Care Line : 03-2616 7766
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image