Senarai Kegiatan Yang Masih Kekal Dilarang Ketika PKP Bersyarat
Kerajaan memutuskan untuk membuka semula ekonomi bermula 4 Mei tetapi sejumlah kegiatan masih dilarang, atau dikenakan sejumlah syarat, menerusi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Berikut adalah senarai kegiatan yang kekal dilarang, tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan kerajaan kelak:
1. Hiburan dan riadah
- Panggung wayang
- Pusat karaoke
- Taman tema
- Muzium
- Busking
2. Perayaan, perarakan dan perhimpunan
- Perarakan keagamaan
- Aktiviti agama berjemaah di masjid dan rumah ibadat lain
- Sambutan hari ulang tahun pasukan keselamatan (perarakan)
- Sambutan hari raya kecuali dengan keluarga terdekat (perjalanan pulang hari raya akan diumumkan kelak)
3. Persidangan dan pameran
- Pameran kerjaya
- Pameran perkahwinan
- Promosi dan pakej pelancongan
- Karnival jualan
- Semua jenis persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4. Pendidikan
- Sukan semasa sesi persekolahan
- Aktiviti kokurikulum bersemuka
- Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
- Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih 10 orang
5. Sukan
- Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong/penonton yang ramai (stadium)
- Segala aktiviti sukan dalaman (indoor, termasuk gimnasium)
- Kolam renang
- Sukan bersentuhan (seperti ragbi, gusti, bola sepak, bola keranjang)
6. Aktiviti sosial
- Kenduri
- Majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun dan seumpamanya
7. Pengangkutan
- Kapal persiaran
8. Perniagaan berpremis/penjajaan tanpa premis/pasar berbangunan/pasar tanpa premis/peruncitan/serbaneka makanan dan minuman
- Bazar Ramadan
- Bazar hari raya
9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja/hostel/asrama pekerja
- Terima pelawat
- Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
- Solat berjemaah/kegiatan ibadah lain
10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera
- Menjalankan sektor secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai pakaian dan aksesori fesyen
- Aktiviti fitting pakaian
12. Dobi (khusus dobi layan diri)
- Aktiviti melipat pakaian di premis
13. Ceramah/seminar/kursus/latihan secara bersemuka
14. Aktiviti pensijilan bagi agrikomoditi
15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
16. Perbankan dan perkhidmatan kewangan
- Urusniaga mendapatkan jualan di luar premis institusi perbankan atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini
17. Pengurusan perhutanan
- Ekopelancongan hutan
- Latihan perhutanan
18. Perlombongan dan kuari
- Permohonan baru bagi peperiksaan teori dan amali peletupan
19. Perladangan dan pertanian
- Hari bertemu pelanggan
- Hari jualan barang bekalan ladang
- Pesta makan buah-buahan
- Kursus/seminar
- Konvokesyen institut pertanian
- Lelongan jualan produk ternakan
20. Perikanan
- Pusat taman laut, pameran dan akuarium
21. Seni kreatif
- Konsert dan program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam
22. Kebudayaan dan kesenian
- Pameran yang melibatkan interaksi antara pengkarya dan pelawat
23. Pelancongan dan perhotelan
- Penggunaan kemudahan hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan buffet)
Garis panduan oleh Majlis Keselamatan Negara berhubung pembukaan semula sektor boleh dibaca di sini.