PENJANA:Senarai Harga Kereta Proton, Honda dan Perodua Terkini
Harga Kereta Proton, Honda dan Perodua Terkini
Selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan skim PENJANA dan menyentuh perkara berkaitan harga kenderaan, beberapa syarikat kereta dalam dan luar negara menyatakan akan mengumumkan harga terbaru kenderaan masing-masing.
Jika anda ingin membeli kenderaan baru dan kenderaan tersebut tersenarai disini, anda boleh membuat semakan dan perbandingan sebelum membuat pilihan yang terbaik buat anda.
Lihat intipati PENJANA di sini : Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
Senarai Harga Terkini Jenis Kereta
Sebelum ini, pihak PERODUA telah mengumumkan harga terkini kenderaan mereka dengan penjimatan sehingga RM4,674.
Baca juga : Harga Kereta Perodua Turun Sebanyak 3%-6% Bermula 15 Jun 2020
Untuk pengetahuan semua, anda akan menikmati harga terkini kereta keluaran Perodua, Proton dan Honda sehingga akhir tahun ini.
PERODUA
Model kereta Axia, Bezza, Myvi, Alza dan Aruz masing-masing mengalami penurunan harga sebanyak 3%-6% bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
Bagi model Myvi 1.5 AV kadar pengurangan adalah sebanyak RM1,893 menjadikan harga terkini adalah sebanyak RM52,197 sahaja,
Sumber : Facebook Muhamad Qalif
PROTON
Bagi model-model kereta keluaran Proton pula, model X70 mengalami pengurangan harga yang paling banyak iaitu sebanyak RM7000.
Jika anda yang mencari kereta dengan harga jimat pula, anda boleh dapatkan Saga 1.3 Standard MT yang berharga RM32,800 dengan SST dengan perbezaan sebanyak RM400 jumlah penurunannya.
HONDA
Tidak terkecuali bagi pengeluar kereta Honda dimana harga tanpa SST yang terkini pula dapat dilihat perbezaannya sehingga RM9502.47 bagi model jenis Odyssey.
Bagi model City 1.5V yang menjadi idaman ramai pula menyaksikan penurunan harga sebanyak 4.37% daripada harga asal dan anda boleh jimat sebanyak RM4010.27 berbanding harga dengan SST.
Nota : Sebarang maklumat mengenai harga terkini kenderaan bagi Perodua, Proton dan Honda akan dikemaskini sekiranya terdapat sebarang makluman baharu.
Jadi, masih belum terlambat untuk anda membuat pilihan sebelum membeli kenderaan baru. Berbelanjalah dengan bijak demi masa hadapan anda.