Info Kerjaya Malaysia

Semakan i-Lestari (Status Pembayaran, Pengeluaran & Pendaftaran Online)

229,698

SEMAKAN i-LESTARI (STATUS PENGELUARAN DAN PENDAFTARAN ONLINE)

Terkini KWSP telah memperkenalkan pendaftaran dan pengeluaran i-Lestari online bagi memudahkan ahli KWSP membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk membuat pendaftaran dan pengeluaran i-Lestari, pemohon kini hanya perlu membuat permohonan secara online sahaja.

Baca: Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP? Ikut Langkah Ini Untuk Dapatkan Semula

Melalui laman rasmi ilestari.kwsp.gov.my, pemohon boleh daftar permohonan baharu atau semak permohonan sekiranya telah mendaftar secara pos atau email sebelum ini.

Berikut contoh perkhidmatan dalam talian KWSP i-Lestari yang anda boleh akses melalui portal ilestari.kwsp.gov.my.

Perkhidmatan Dalam Talian KWSP i-Lestari

Seperti sedia maklum, Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 sejak 1 April yang lalu melalui i-Akaun (Ahli).

Jika sebelum ini anda perlu download dan isi borang i-Lestari secara manual untuk pengeluaran, kini tidak lagi dengan kemudahan pengeluaran online yang disediakan KWSP.

Pengeluaran kini boleh di buat secara online sahaja dan pemohon tidak perlu mengisi borang dan beratur di pejabat KWSP lagi.

TARIKH PEMBAYARAN i-LESTARI JUN, JULAI & OGOS

Bagi ahli yang telah memohon i-Lestari & LULUS permohonan, bayaran untuk bulan pertama akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda bermula pada 4 Mei 2020 dan bulan Kedua adalah 1 Jun 2020.

Berikut merupakan tarikh kredit pembayaran i-Lestari yang diterima oleh pencarum.

Manakala pembayaran Julai juga akan mula dikreditkan ke akaun mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan KWSP. Anda boleh rujuk status pengeluaran nanti apabila bayaran dikreditkan ke akaun anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat pengeluaran i-lestari KWSP secara online.

PENGELUARAN i-LESTARI

Mungkin semua sudah tahu bahawa pengeluaran i-Lestari adalah daripada akaun 2 sahaja. Bagi pemohon  yang telah mengemukakan permohonan, bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan berikutnya.

Baca: Jangan Guna Email Dari Yahoo Untuk Urusan i-Akaun Lestari, Kerana Ia Tidak Dapat Diproses

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Contoh Situasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN i-LESTARI ONLINE

Bagi pemohon yang belum mendaftar, anda boleh ikut langkah pendaftaran i-Lestari online di bawah.

  1. Sila ke laman rasmi i-Lestari di ilestari.kwsp.gov.my.
  2. Pilih Permohonan Baharu
  3. Isi Nama Penuh, No MyKad, No Telefon, Alamat Emel, Alamat dan Poskod.
  4. Pilih Jumlah Amaun Di Mohon Sebulan (RM)
  5. Pilih Bank dan Masukkan No Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Yang Aktif
  6. Tanda pada Kotak Pengesahan Pengakuan Pemohon
  7. Baca dan Fahami Perakuan Pemohon dan Tekan Butang Setuju
  8. Tekan HANTAR apabila anda dah memastikan kesemua butiran adalah betul dan lengkap
  9. Permohonan pendaftaran i-Lestari anda berjaya di hantar

Permohonan Baru ilestari

Selesai membuat pendaftaran melalui 9 langkah di atas anda hanya perlu tunggu pihak KWSP untuk proses permohonan anda.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-LESTARI ONLINE

Selepas 2 hari pendaftaran anda berjaya. Maka anda boleh membuat semakan status permohonan pendaftaran anda juga melalui laman rasmi ilestari.kwsp.gov.my.

Berikut merupakan langkah mudah membuat semakan pendaftaran i-Lestari online anda.

  1. Sila ke laman ilestari.kwsp.gov.my.
  2. Pilih Semak Permohonan
  3. Masukkan No MyKad, No Telefon Bimbit dan tekan Semak
  4. Status Permohonan Anda Akan dipaparkan di skrin sama ada permohonan anda telah diterima atau sebaliknya.

Proses semakan status i-Lestari online adalah seperti di bawah.

Semak Status i-Lestari Online

Semoga pendaftaran permohonan anda dipermudahkan sepanjang berlangsungnya PKP ini. Sekurangnya pengeluaran i-Lestari ini dapat membantu ramai ahli KWSP yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah semasa pendaftaran dan permohonan i-Lestari anda diminta untuk berhubung terus dengan pihak KWSP melalui pelbagai saluran rasmi yang disediakan.

PORTAL RASMI ilestari.kwsp.gov.my

Anda boleh terus ke portal rasmi i-Lestari melalui pautan di bawah.

PORTAL KWSP I-LESTARI

close-image