Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP? Ikut Langkah Ini Untuk Dapatkan Semula

22,137

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP? Jangan panik kalau perkara ini berlaku. Kekal tenang dan ikuti langkah-langkah untuk dapatkan akses semula i-Akaun anda.

Baca: Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Secara Online

Pastikan i-Akaun anda dikemaskini dengan segala butiran yang diperlukan untuk memudahkan urusan anda kelak. Lakukannya sekarang mengikut langkah yang ditunjukkan di bawah.

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP

LANGKAH 1

  • Sila layari laman www.kwsp.gov.my. Pastikan URL yang anda login adalah betul. Jangan masukkan ID dan Password anda selain dari laman rasmi KWSP. Ini untuk mengelakkan kebocoran maklumat i-Akaun KWSP anda.
  • Pilih “LOG MASUK” dan Klik “i-Akaun” (Ahli)
  • Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan?

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP

LANGKAH 2

  • Pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
  • Klik Permintaan TAC untuk dapatkan Nombor TAC

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP

LANGKAH 3

  • Anda akan menerima Nombor TAC ke henfon anda melalui SMS.
  • Masukkan Nombor TAC tadi.
  • Selepas itu anda boleh cipta Kata Laluan Baru. Pastikan anda gunakkan kombinasi abjad dan nombor (Contoh: abscde1234)
  • Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP

Kini anda dah berjaya cipta ID atau Kata Laluan baru untuk i-Akaun KWSP anda. Sila simpan dan ingat kata laluan baru anda untuk memudahkan anda login untuk membuat pengeluaran i-Lestari Akaun 2 nanti.

Bagaimana Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online / Email / Pos

Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa rakyat boleh mengeluarkan wang melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Kemudahan i-Lestari.

Baca: Cara Mohon Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji. Permohonan Di Buka Bermula 20 Mac

Pengeluaran KWSP RM500 sebulan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebahagian dari senarai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan. Untuk membuat pengeluaran RM500 sebulan anda perlulah mendaftarkan i-Akaun KWSP.

Melalui kemudahan ini semua ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 masing-masing dengan kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dan tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat.

Ahli KWSP boleh membuat permohonan ini bermula pada 1 April 2020. Manakala pihak KWSP akan membuat pembayaran bermula dari bulan permohonan diterima sehingga Mac 2021.

Terdapat 3 saluran untuk anda mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari ini :

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun) : ATAU
  2. Secara email kepada [email protected] (Borang akan dimuat naik) : ATAU
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat;
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
      Karung Berkunci no 220,
      Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
      (Pengeluaran i-Lestari)

Anda hanya perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran akan berulang (recurring) ke dalam akaun bank anda sehingga Mac 2021.

Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari:

i. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
ii. Berumur di bawah 55 tahun
iii. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
iv. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

Seperti yang kita maklum,tujuan kemudahan pengeluaran i-Lestari yang berjumlah maksimum RM500 sebulan bertujuan membantu meringankan beban anda untuk membeli keperluan asas sepanjang melalui tempoh pandemic Covid 19 ini.

Pihak Kerajaan akan memantau perkembangan situasi dari semasa ke semasa dan berharap dengan kemudahan pengeluaran i-Lestari ini dapat membantu meringankan beban rakyat.

Diharap kita semua sebagai rakyat Malaysia memanfaatkan kemudahan yang telah diberikan ini dengan penuh berhemah serta mengikut langkah-langkah yang betul daripada saluran yang tepat.

SUMBER

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image