Info Kerjaya Malaysia

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2. Semak Kelayakan Anda Disini

2,392

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2

Untuk pengetahuan semua, Program Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta setahun untuk membantu 5,842 keluarga miskin di negeri Kedah menerusi pemberian kad pintar.

KIDA diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada majlis Perjumpaan Khas Bersama Pegawai & Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada tahun 2019 yang lalu.

Tujuan Program

Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) merupakan sebuah program kebajikan yang dikhususkan bagi golongan ibu yang kurang berkemampuan (Golongan B40).

Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan KIDA, dimana mereka akan mendapat akses kepada rawatan kesihatan dan pembelian barangan yang asas.

Penerima bantuan ini bolehlah mendapat rawatan kesihatan asas di klinik-klinik panel & membeli barangan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Tarikh Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2

Program KIDA Fasa 2 ini telah bermula pada 1 Julai sehingga 31 Disember 2020.

Jenis Pembelian Barangan

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) selaku agensi pelaksana bagi program KIDA bersama-sama Kerajaan Negeri Kedah juga telah bersetuju kad bantuan KIDA dapat digunakan bagi pembelian barangan berikut :

  • Gas memasak
  • Penutup mulut dan hidung (mask)
  • Pencuci tangan (hand sanitizer)

15 Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Lain

PROGRAM KIDA

 

Selaras dengan tujuan asal program, diharap dengan penambahan kategori ini dapat membantu dan meringankan beban setiap penerima agar dapat terus menikmati kemudahan rawatan dan perbelanjaan keperluan asas di panel berdaftar KIDA Fasa 2 bermula 1 Julai 2020.

Jumlah Pembiayaan Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2

Jumlah pembiayaan untuk program ini adalah sebanyak :

  • Barangan keperluan asas : RM250
  • Rawatan kesihatan : RM500

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2. Semak Kelayakan Anda Disini

Semakan Pra Kelayakan Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2

Untuk membuat semakan kelayakan KIDA, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

  • Klik sini : SEMAKAN KIDA
  • Kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda.

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2. Semak Kelayakan Anda Disini

  • Klik SEMAK
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan di skrin anda.

Cara Untuk Mengaktifkan Kad KIDA

Untuk mengaktifkan kad KIDA pula, anda boleh rujuk pada gambar dibawah.

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2. Semak Kelayakan Anda Disini

Atau anda boleh terus klik pautan ini : AKTIF KAD KIDA

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2. Semak Kelayakan Anda Disini

  • Masukkan 16 Digit hadapan kad anda.
  • Masukkan nombor CCV iaitu 3 digit belakang kad KIDA anda.
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik HANTAR.
  • Anda juga boleh membuat semakan status permohonan dengan klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN.

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2. Semak Kelayakan Anda Disini

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Klik SEMAK dan lihat paparan semakan di skrin anda.

Faedah Rawatan Kesihatan KIDA

  • Bagi faedah rawatan KIDA pula bantuan diberikan sebanyak RM500 setahun bagi setiap keluarga.
  • Perkhidmatan rawatan kesihatan dan barangan runcit secara percuma

Cara Menggunakan Kad KIDA

Untuk mendapatkan barangan runcit :

  • Anda perlu ke kedai yang menyertai program KIDA dan buat pembelian.
  • Buat pembayaran dengan menggunakan kad KIDa di kaunter pembayaran.
  • Masukkan Nombor PIN kad KIDA anda.
  • Semak resit sebelum meninggalkan kedai.
  • Senarai semak kedai. Klik sini.

Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan pula :

  • Anda pergi ke klinik panel yang menyertai program KIDA.
  • Tunjukkan kad KIDA anda di kaunter pendaftaran.
  • Dapatan rawatan.
  • Semak resit dan baki kad KIDA anda.
  • Dapatkan senarai klinik panel disini.

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Fasa 2. Semak Kelayakan Anda Disini

Info & Pertanyaan

Untuk info selanjutnya, anda boleh hubungi pihak KIDA melalui saluran berikut :

close-image