Usahawan PKS Dapat RM1,500 Dari Shopee, Kempen e-Dagang PENJANA

6,571

Usahawan PKS Dapat RM1,500 Dari Shopee, Kempen e-Dagang PENJANA

Shopee menawarkan sebanyak RM1,500 kepada 30,000 perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PKS) dalam kempen e-dagang PENJANA yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC).

Baucar Shopee Kempen e-Dagang PENJANA

PKS baharu di Shopee layak mendapat baucar bernilai :

  • RM1,000 untuk kedai Shopee untuk membantu usahawan PKS memulakan dan menjana hasil jualan.
  • RM500 dalam kredit iklan untuk meningkatkan keterlihatan kedai dan produk di Shopee.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho

“Inisiatif ini yang juga sebahagian daripada komponen dalam pelan pemulihan ekonomi jangka pendek PENJANA, dijangka dapat merancakkan ekonomi dengan mempercepatkan digitalisasi dalam kalangan perniagaan tempatan serta memberi galakan kepada penjual yang baharu kepada e-dagang.

“Terdahulu, pada bulan April dan Mei, Shopee secara sukarela menyuntik RM15 juta ke dalam ekonomi Malaysia melalui Pakej Bantuan Peniaga Shopee untuk membantu penjual baharu dan sedia ada mengatasi kesan COVID-19, yang mengakibatkan kehilangan pendapatan terutama semasa tempoh perintah kawalan pergerakan.”

Pakej Penghantaran Percuma

Shopee juga membuat tawaran seperti :

  • Pakej penghantaran percuma sebanyak RM15.
  • Perbelanjaan minimum untuk pembeli menikmati penghantaran percuma dikurangkan kepada RM15 berbanding jumlah perbelanjaan minimum biasa platform RM40.
  • Bertujuan untuk menjadikan kedai PKS lebih menarik kepada pengguna.

Manfaat Sedia Ada Shopee Kepada Penjual

Insentif baucar kepada usahawan PKS adalah merupakan tambahan kepada manfaat sedia ada seperti:

  • Komisen sifar peratus untuk peniaga pasaran.
  • Yuran penyenaraian sifar peratus.
  • Tiada bayaran pendaftaran
  • Latihan e-dagang percuma melalui Shopee University.

Syarat Penyertaan Kempen

  • Penjual mestilah usahawan PKS atau individu warganegara Malaysia.
  • Mendaftar sebagai penjual Shopee mulai 1 Januari 2020 dan selepasnya.
  • Mempunyai kurang daripada 10 pesanan yang disempurnakan sebelum 1 Julai 2020.

“Oleh itu, rancangan PENJANA dipersiap dengan teliti demi membantu perniagaan tempatan dalam perjalanan digitalisasi mereka ketika ekonomi beralih ke arah pemulihan.

Sebagai pemain e-dagang terbesar di negara ini, Shopee berusaha untuk melaksanakan tugas kami dan memenuhi komitmen kami kepada Kementerian Kewangan dan MDEC. Dengan ini, kami berharap MSME di negara ini akan mendapat galakan dan prospek ekonomi akan bersifat lebih optimis.”

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image