PKP Dilanjutkan Hingga 28 April dan Ini 6 Arahan Semasa Yang Perlu Dipatuhi Sepanjang PKP Ini
Persoalan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP kini terjawab dengan pengumuman terkini PM sebentar tadi.
Perdana Menteri telah pun mengumumkan PKP dilanjutkan 2 minggu lagi.
Perintah ini berkuatkuasa dari 15 April sehingga 28 April 2020 dan terpakai di seluruh Malaysia.
Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Melalui rujukan kami di portal MKN, terdapat enam jenis arahan semasa PKP dijalankan iaitu:
- Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
- Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
- Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
- Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
- Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
- Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).