Sekolah Mungkin Di Tangguh, Kementerian Pendidikan Diminta Melaksanakan Pembelajaran Di Rumah

274

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa pembukaan sekolah mungkin akan ditangguhkan.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan yang akan diteruskan sehingga 28 April ini.

“Sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Sekolah mungkin akan ditangguhkan.

“Sementara itu anak-anak kita perlu belajar di rumah,” katanya.

Kata perdana menteri, beliau sudah meminta Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan pembelajaran di rumah sepanjang PKP dan seterusnya sehingga wabak Covid-19 berjaya ditangani. Perdana Menteri.

Kementerian Pendidikan tidak akan secara terburu-buru mengumumkan pembukaan semula sekolah pada 15 April, walaupun jika kerajaan menyatakan Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan pada 14 April.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, keselamatan pelajar merupakan pertimbangan utama Kementerian Pendidikan.

Menurut beliau, pihak kementerian aktif berbincang dengan pihak berkepentingan termasuk pertubuhan pendidikan dan ibu bapa secara dalam talian melalui tele persidangan.

Katanya, rata-rata pihak berkepentingan bersetuju bahawa keselamatan pelajar lebih penting daripada pelajaran dan peperiksaan.

Hang Soon berkata, ada yang mencadangkan persekolahan ditunda sehingga Jun selain cadangan hanya membenarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk bersekolah.

Sekolah Tidak Dibuka 15 April, Ada Cadangkan Sekolah Dibuka Semula Jun

“Ada juga yang mencadangkan supaya cikgu kembali ke sekolah untuk mengajar secara dalam talian menggunakan kemudahan Internet dan alat pembelajaran yang ada,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, pihak berkepentingan yang merangkumi wakil taska, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa tidak bersetuju jika sekolah dibuka secara terburu-buru.

“Apabila PKP mula-mula dilaksanakan, rata-rata berpendapat bahawa UPSR dan PT3 adalah sangat penting.

“Tetapi selari dengan perkembangan keadaan semasa, pendapat sesetengah ibu bapa telah berubah.

“Mereka sedar bahwa UPSR dan PT3 tidak banyak memberi kesan kepada perlanjutan pelajaran ke Tingkatan 1 dan Tingkat 4. Mereka malahan berpendapat peperiksaan berkenaan boleh digantikan dengan cara penilaian lain,” katanya.

Hang Soon berkata, kementerian juga memerah otak memikirkan cara pembelajaran termasuk mempertimbangkan rancangan televisyen pendidikan yang bersiaran 24 jam.

“Ini kerana terdapat kawasan luar bandar yang tidak diliputi kemudahan Internet atau ibu bapa tidak mempunyai kemudahan berkaitan,” katanya.

Beliau menjelaskan, selain mempertimbangkan semua cadangan, Kementerian Pendidikan juga akan memanjangkan usul kepada Kementerian Kesihatan dan mendengar pandangan balas mereka.

Segala makluman penting mengenai pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan secara rasmi apabila keputusan telah dibuat.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image