Dana Didik Harapan Johor Beri RM100 Untuk Bayi Kelahiran Johor. Lihat Cara Mohon Disini
Dana Didik Harapan Johor
Demi menjamin masa hadapan terutamanya dalam pendidikan anak-anak Johor terutamanya yang baru lahir pada tahun 2020, Kerajaan negeri Johor telah mengumumkan untuk memberikan caruman kepada bayi tersebut.
Tujuan Dana Didik Harapan Johor
Tujuan utama program ini adalah untuk membudayakan tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak di negeri Johor terutamanya bagi tujuan pendidikan.
Jumlah Caruman
Jumlah caruman yang diberikan adalah sebanyak RM100.
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan permohonan adalah :
- Ibu bapa warganegara Malaysia.
- Keutamaan diberikan kepada ibu dan bapa yang lahir di negeri Johor.
- Bayi yang dilahirkan di Johor bermula Januari 2020.
- Pendapatan ibu bapa bawah RM7,000 sebulan.
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat (bayi) berusia 18 tahun.
Tarikh Permohonan
Anda boleh membuat permohonan sekarang kerana telah dibuka pada 1 Januari 2020 dan akan ditutup pada Disember 2020.
Cara Membuat Permohonan Dana Didik Harapan Johor
1. Dapatkan borang di :
- Semua wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor.
- Yayasan Pelajaran Johor.
- Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).
- Semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Johor
2. Daftar siji kelahiran bayi di JPN, hantar borang beserta dokumen sokongan ke salah satu dari 20 lokasi terpilih.
3. Penyata akaun pembukaan SSPN-i akan diposkan dalam masa 30 hari bekerja bagi pemohon yang berjaya.
Dokumen Yang Diperlukan
Borang yang telah diisi perlu dsertakan bersama dokumen sokongan berikut :
- Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN ( Dana Didik Harapan Johor).
- Salinan Sijil Kelahiran bayi.
- Slip penyata pendapatan ibu dan bapa, slip penyata pendapatan gaji ibi dan bapa pada bulan tersebut dilahirkan atau bulan sebelumnya.
- Borang pengesahan pendapatan gaji bagi ibu dan bapa yang tiada slip gaji pendapatan gaji / tidak bekerja.
Nota : Salinan dokumen diatas hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) / Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas / Penghulu / Ketua Kampung / Penggawa / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.
Muat Turun Borang
Anda boleh muat turun disini melalui pautan berikut :
- Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN
- Rekod Penerimaan Borang Permohonan
- Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa
Lokasi Menghantar Borang Permohonan
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke salah satu daripada 29 lokasi seperti :
- Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
- Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
- Pejabat Yayasan Pelajaran Johor di Larkin, Johor Bahru
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
- Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
- Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang
- Pejabat PTPTN Cawangan kluang
- Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat
- Pejabat PTPTN Cawangan Muar
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)
Tempoh Penerimaan Caruman
PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i berjumlah RM100 kepada pemohon yang berjaya melalui pos dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh permohonan yang diterima.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Bantuan Dana Didik Harapan Johor melalui :
- Emel : [email protected]
- Telefon : 07-234 4355 / 07-236 1081
- Portal Rasmi : Dana Didik Johor YPJ