Bantuan Pendidikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP)

3,004

Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP)

Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) adalah sebuah Tabung yang ditubuhkan melalui Suratcara Amanah pada 14 September 1992, khusus untuk membantu dalam hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka.

Kategori Bantuan Pendidikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP)

Terdapat 3 kategori bantuan Pendidikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) seperti :

  • Peringkat rendah : RM 150.00
  • Peringkat menengah : RM 300.00
  • Peringkat tinggi :  RM 500.00

Bantuan Pendidikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP)

Syarat Khas Permohonan

Untuk memohon bantuan ini, berikut adalah syarat khas untuk panduan seperti :

1. Diberi kepada anak-anak bekas polis yang masih dalam peringkat persekolahan dan pengajian tinggi.
2. 1 orang anak hanya layak untuk mendapat bantuan TAWP 4 satu kali sahaja mengikut persekolahan dan pengajian tinggi
3. Permohonan dibuat dalam tahun kemasukan bagi semua kategori bantuan
4. Mengemukakan permohonan dan 1 salinan surat pengesahan seperti  berikut :

  • Peringkat rendah : Pengesahan guru besar
  • Peringkat menengah : Pengesahan pengetua
  • Peringkat tinggi : Pengesahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT
  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pelajar
  • Mengemukakan salinan surat tawaran kemasukan yang disahkan

Syarat Umum Permohonan

Syarat umum permohonan pula adalah seperti :

  • Pesara yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan polis sepertimana yang terdapat didalam Suratcara Amanah TAWP.
  • Kelayakan pemohon ialah bekas polis termasuk SC/balu atau duda bekas polis/anak dalam tanggungan bekas polis.
  • Permohonan hendaklah menyertakan 1 salinan kad pengenalan atau kad pesara polis
  • Balu/duda yang memohon bantuan TAWP 2-TAWP 5 hendaklah menyertakan dokumen sokongan iaitu sijil nikah atau sijil kelahiran anak dan salinan rekod perkhidmatan bekas polis, bagi anak dalam tanggungan hendaklah menyertakan salinan sijil kelahiran

Bantuan Pendidikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP)

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

  • Semua maklumat bantuan TAWP hendaklah diisi dengan lengkap mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Sebarang kegagalan dalam mengemukakan permohonan dengan lengkap akan menyebabkan permohonan akan ditolak.
  • Permohonan daripada ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) hendaklah dikemukakan melalui Ketua Cawangan PBPM atau Pengerusi PBPM Negeri masing-masing yang akan memanjangkan permohonan tersebut ke Kementerian.
  • Permohonan daripada bukan ahli PBPM hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Daerah/ Ketua Polis Balai untuk pengesahan sebelum dikemukakan ke Kementerian.
  • Borang permohonan boleh diperolehi daripada semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah. ATAU anda boleh muat turun di laman web Persatuan Bekas Polis Malaysia ini.
  • Borang yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada :
    BAHAGIAN HAL EHWAL PESARA POLIS,
    TINGKAT 25,
    IBU PEJABAT POLIS DI RAJA MALAYSIA,
    BUKIT AMAN, 52560 W.P KUALA LUMPUR

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran berikut :

  • Telefon : +603 4131 8437 / +603 4131 0271
  • Faks : +603 4131 4039
  • Emel : [email protected]
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image