Dana Didik Harapan Johor Beri RM100 Untuk Bayi Kelahiran Johor. Lihat Cara Mohon Disini

1,357

Dana Didik Harapan Johor

Demi menjamin masa hadapan terutamanya dalam pendidikan anak-anak Johor terutamanya yang baru lahir pada tahun 2020, Kerajaan negeri Johor telah mengumumkan untuk memberikan caruman kepada bayi tersebut.

Tujuan Dana Didik Harapan Johor

Tujuan utama program ini adalah untuk membudayakan tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak di negeri Johor terutamanya bagi tujuan pendidikan.

Jumlah Caruman

Jumlah caruman yang diberikan adalah sebanyak RM100.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan permohonan adalah :

  • Ibu bapa warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada ibu dan bapa yang lahir di negeri Johor.
  • Bayi yang dilahirkan di Johor bermula Januari 2020.
  • Pendapatan ibu bapa bawah RM7,000 sebulan.
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat (bayi) berusia 18 tahun.

Tarikh Permohonan

Anda boleh membuat permohonan sekarang kerana telah dibuka pada 1 Januari 2020 dan akan ditutup pada Disember 2020.

Cara Membuat Permohonan Dana Didik Harapan Johor

1. Dapatkan borang di :

  • Semua wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor.
  • Yayasan Pelajaran Johor.
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).
  • Semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Johor

2. Daftar siji kelahiran bayi di JPN, hantar borang beserta dokumen sokongan ke salah satu dari 20 lokasi terpilih.

3. Penyata akaun pembukaan SSPN-i akan diposkan dalam masa 30 hari bekerja bagi pemohon yang berjaya.

Dana Didik Harapan Johor Beri RM100 Untuk Bayi Kelahiran Johor. Lihat Cara Mohon Disini

Dokumen Yang Diperlukan

Borang yang telah diisi perlu dsertakan bersama dokumen sokongan berikut :

  • Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN ( Dana Didik Harapan Johor).
  • Salinan Sijil Kelahiran bayi.
  • Slip penyata pendapatan ibu dan bapa, slip penyata pendapatan gaji ibi dan bapa pada bulan tersebut dilahirkan atau bulan sebelumnya.
  • Borang pengesahan pendapatan gajiĀ  bagi ibu dan bapa yang tiada slip gaji pendapatan gaji / tidak bekerja.

Nota : Salinan dokumen diatas hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) / Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas / Penghulu / Ketua Kampung / Penggawa / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.

Muat Turun Borang

Anda boleh muat turun disini melalui pautan berikut :

Lokasi Menghantar Borang Permohonan

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke salah satu daripada 29 lokasi seperti :

  1. Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
  2. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
  3. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
  4. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
  5. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
  6. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
  7. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
  8. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
  9. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
  10. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
  11. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam
  12. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
  13. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
  14. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
  15. Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
  16. Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
  17. Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
  18. Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
  19. Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
  20. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor di Larkin, Johor Bahru
  21. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
  22. Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
  23. Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang
  24. Pejabat PTPTN Cawangan kluang
  25. Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat
  26. Pejabat PTPTN Cawangan Muar
  27. Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)
  28. Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)
  29. Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)

Tempoh Penerimaan Caruman

PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i berjumlah RM100 kepada pemohon yang berjaya melalui pos dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh permohonan yang diterima.

Dana Didik Harapan Johor Beri RM100 Untuk Bayi Kelahiran Johor. Lihat Cara Mohon Disini

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Bantuan Dana Didik Harapan Johor melalui :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image