Info Kerjaya Malaysia

Dapatkan Bantuan Al-Gharimin Untuk Langsaikan Hutang Anda. Mohon Disini

2,539

Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)

Bagi mengurangkn beban asnaf yang mempunyai tanggungan hutang untuk mendapatkan keperluan asasi mereka sekeluarga seperti :

  • Makanan
  • Kesihatan
  • Perlindungan

Syarat Untuk Membuat Permohonan

Jika anda ingin membuat permohonan, ini adalah syarat yang telah ditetapkan.

  • Pemohon beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah).

Dapatkan Bantuan Al-Gharimin Untuk Langsaikan Hutang Anda. Mohon Disini

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan anda :

  • Borang permohonan (Borang Permohonan)
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan :
    a) Pemohon
    b) Suami
    c) Isteri
    d) Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau akaun sumpah penjagaan [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]

    Nota : Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.

  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.
  • Surat akaun sumpah/ bil/ resit / notis tuntutan ASAL daripada pemiutang.

Dokumen Lain Yang Berkaitan

Untuk dokumen lain berkaitan yang boleh dipertimbangkan untuk dihantar bersama permohonan adalah :

Dapatkan Bantuan Al-Gharimin Untuk Langsaikan Hutang Anda. Mohon Disini

Hantar Permohonan

Borang yang lengkap hantar bersama dokumen yang diperlukan dengan hadir sendiri ke kaunter Baitulmal MAIWP berdekatan. Dapatkan senarai kaunter Baitulmal MAIWP disini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diajukan di :

  • Direktori Staf
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
    Aras G,1,7,8,9,10,11,19,20,22,
    Bangunan PERKIM No. 150,
    Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR,
  • Telefon : 03- 4047 9444
  • Faks : 03- 4044 9444

Perlukan bantuan untuk membaiki rumah anda? Klik sini dan mohon sekarang.

close-image