Permohonan Bantuan Membina Atau Membaiki Rumah MAIWP

Bantuan Membina Atau Membaiki Rumah MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyediakan satu inisiatif kepada golongan asnaf untuk membina atau membaiki rumah mereka.

Objektif bantuan ini juga adalah untuk membantu golongan asnaf menjalani kehidupan yang lebih selesa dan selamat bersama keluarga masing-masing.

Baca juga: Permohonan Skim Perumahan BSN MyHome

Jika anda ingin memohon bantuan ini, sila lihat perkongsian ini untuk mengetahui cara dan langkah permohonan bantuan membina atau membaiki rumah MAIWP.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan membina atau membaiki rumah MAIWP :

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah .

Untuk pengiraan kelayakan Had al-Kifayah, sila klik pautan ini :

Dokumen Penting

Untuk melengkapkan permohonan ini, sertakan bersama dokumen penting berikut :

1. Borang permohonan.

2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).

3. Satu salinan kad pengenalan :

  • Pemohon
  • Suami
  • Isteri
  • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
Like dan Ikut Facebook Kami dan follow Telegram Portal SPA9 untuk capaian pantas kekosongan daripada kami sekarang.

Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan 

Permohonan Bantuan Membina Atau Membaiki Rumah MAIWP

4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.

Nota : Bagi Wilayah Persekutuan Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.

Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan

Permohonan Bantuan Membina Atau Membaiki Rumah MAIWP

5. Satu salinan bil utiliti / cukai pintu rumah didiami.

6. Satu salinan geran tanah atas nama pemohon sendiri / penama bersama (bagi kes pusaka)

7. Surat persetujuan / kebenaran membina rumah daripada saudara mara yang mempunyai hak keatas tanah pusaka.

8. Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

Dokumen Berkaitan

Jika ada dokumen yang  anda rasakan berkaitan dengan permohonan ini, anda boleh kepilkan bersama denegan permohonan anda. Antara dokumen yang berkaitan adalah seperti :

  • Keluarga Bercerai

Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.

  • Ahli Keluarga Telah Meninggal Dunia

Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.

  • Saudara Baru

Satu salinan kad memeluk Islam.

  • Orang Kelainan Upaya

Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).

  • Pengidap Sakit Kronik

Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.

  • Sedang Mengikuti Pengajian di IPT

Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

  • Keluarga Bermasalah

Satu salinan laporan polis/ surat penjara.

  • Muflis

Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Hantar Permohonan

Setelah permohonan anda siap di isi dengan  maklumat yang diperlukan dan telah diperiksa dengan teliti, serahkan borang permohonan beserta dokumen ke kaunter Baitulmal MAIWP berikut :

  • Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Aras G,1,20,22,Bangunan PERKIM No. 150,Jalan Ipoh,51200 Kuala Lumpur.
  • Telefon : 03- 4047 9444
  • Faks : 03- 4044 9444

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk mendapatkan info lanjut mengenai bantuan membina atau membaiki rumah MAIWP, anda boleh hubungi :

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
    Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
  • Telefon : 03 – 8871 5000
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan
    Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN
  • Telefon : 087-418 515 / 512
  • Faks : 087-418 514

FAQ Soalan Lazim

1. Apakah tujuan bantuan membaiki dan membina rumah MAIWP?

Objektif bantuan ini juga adalah untuk membantu golongan asnaf menjalani kehidupan yang lebih selesa dan selamat.

2. Siapa yang layak memohon bantuan ini?

Golongan asnaf yang beragama Islam, warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.

3. Apa itu Had al-Kifayah?

Had al-Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

4. Dimana perlu hantar permohonan?

Anda perlu menghantar permohonan yang lengkap bersama dokumen yang diperlukan ke kaunter Baitulmal MAIWP.

 

You might also like
close-image