Info Kerjaya Malaysia

CUEPACSCARE: Cara Daftar Pelan Takaful Insurans Penjawat Awam

2,233

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Bhd. pada Mac 2017, hanya 15% sahaja rakyat Malaysia yang menyertai pelan perlindungan. Sehingga kini, masih ramai yang tidak mengambil mana-mana pelan perlindungan atas sebab-sebab tertentu.

Antara faktor utama yang menjadi sebab mengapa ramai orang tidak mahu menyertai pelan perlindungan takaful adalah kerana kurang berkemampuan, menganggap diri masih muda serta sihat dan bermacam-macam lagi alasan lain yang menyebabkan mereka berasa perlindungan takaful adalah tidak penting.

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan kerjasama Medicare Assistance Sdn. Bhd. pada 1999 memperkenalkan program takaful khas untuk penjawat awam di Malaysia yang dikenali sebagai CuepacsCare dan CuepacsPA (2006).

Berikut adalah perkongsian mengenai keistimewaan, kadar bayaran dan cara daftar Program Insurans Takaful Penjawat Awam CUEPACSCARE

CUEPACSCARE: PROGRAM INSURANS TAKAFUL PENJAWAT AWAM

CUEPACSCARE adalah program takaful atau perlindungan insurans untuk penjawat awam dan keluarga mereka mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua Penjawat Awam.

Program ini boleh dikatakan program takaful insurans yang termurah dan terbaik kerana penjawat awam hanya perlu membayar RM32 sebulan untuk perlindungan satu keluarga.

Walaupun penjawat awam layak mendapatkan rawatan di hospital kerajaan secara percuma, jumlah pesakit yang terlalu ramai kadangkala membuatkan mereka terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan rawatan.

Keistimewaan CUEPACSCARE

Antara keistimewaan program insurans takaful  CUEPACSCARE adalah:

  • Melindungi seisi keluarga.
    Tiada had untuk bilangan anak melalui satu pelan keluarga.
  • Mudah Digunakan.
    Diterima lebih 70 panel hospital pakar swasta di seluruh Malaysia.
  • Manfaat Komprehensif.
    Melindungi kos rawatan dari pra penghospitalan dan rawatan susulan.
  • Mampu dimiliki.
    Kadar sumbangan yang mampu dimiliki
  • Mudah Disertai.
    Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan sumbangan melalui potongan gaji Biro Angkasa.

Kategori Pelan Perlindungan CUEPACSCARE

Pelan perlindungan CUEPACSCARE menawarkan dua jenis perlindungan yang utama iaitu:

  1. Pelan Individu – Memberi perlindungan kepada ahli dari umur 18 hingga 60 tahun dan boleh diperbaharui sehingga ahli mencapai umur 70 tahun.
  2. Pelan Keluarga – Memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan anak-anak (Tiada HAD bilangan anak). Had umur anak adalah dari 30 hari hingga 18 tahun dan boleh dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan belajar sepenuh masa.

Kadar Bayaran Bulanan

Kadar bayaran bulanan berbeza mengikut pelan.

  • Bagi pemohon berumur 18 – 55 tahun (pelan keluarga) kadar sumbangan bulanan adalah sebanyak RM106. Manakala RM40 untuk pelan individu.
  • Bagi yang berumur 56 – 59 tahun pula, kadar sumbangan untuk pelan keluarga adalah RM174 sebulan dan RM69 untuk pelan individu.

Cara Daftar Program Takaful / Insurans Penjawat Awam CUEPACSCARE

Program takaful CUEPACSCARE terbuka kepada semua penjawat awam yang berumur 16 tahun hingga 60 tahun.

Untuk membuat pendaftaran, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun Borang Permohonan CUEPACSCARE yang disertakan di bawah, isikan dengan lengkap dan tandatangan.
  2. Sertakan Borang BIRO ANGKASA BPA 1/79 (**Borang Asal Sahaja) beserta pengesahan majikan.
  3. Sertakan salinan kad pengenalan pemohon.
  4. Sertakan salinan slip gaji terkini.

Kemudian sila poskan kesemua dokumen tersebut ke alamat:

MEDICARE ASSISTANCE Sdn Bhd
A-1-8 Pusat Perdagangan Intania
Jalan Intan 1 KS/1, Persiaran Raja Muda Musa
41200 Klang Selangor
Tel: 03-33714248
Faks: 03-33714258

BORANG PERMOHONAN CUEPACSCARE

BORANG BIRO ANGKASA

close-image