Rayu Semula BPN Permohonan Jika Diisytihar Meninggal Dunia

1,526

Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh mengemukakan rayuan di mana-mana 86 cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pusat khidmat hasil jika permohonan mereka ditolak kerana diisytihar meninggal dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata mereka perlu menunjukkan MyKad kepada pegawai di pejabat berkenaan untuk membolehkan permohonan diproses.

Bagaimanapun, beliau berkata, individu terbabit masih perlu memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai status masing-masing.

Baca: Rayuan BPN Fasa 2

“LHDN akan semak dengan JPN (status pemohon) dan perkara ini pernah berlaku untuk permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

“Bagi permohonan BPN, mereka harus hadir ke LHDN dan menunjukkan MyKad, namun selepas itu mereka perlu membuat kemas kini maklumat dengan JPN,” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama, BH dan New Straits Times di sini, hari ini.

Sabin berkata, ia adalah kes terpencil dan setakat ini ada lima kes sedemikian yang dilaporkan kepada pihaknya.

Sebuah portal berita ini melaporkan perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Syafiq Ismail di laman sosial Facebook membabitkan insiden semakan terhadap permohonan BPN yang menyatakan ia ditolak kerana dia sudah meninggal dunia.

Orang awam juga disarankan mengemaskini status dan maklumat diri masing-masing dengan agensi dan jabatan lain termasuk yang membabitkan status bujang atau berkahwin.

Selain itu, Sabin juga menasihatkan mana-mana pihak yang membuat permohonan BPN untuk memaklumkan kepada LHDN jika mereka berstatus muflis bagi membolehkan bantuan itu diberikan secara tunai.

“Kita sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Insolvensi untuk tujuan itu. Biasanya, apabila individu yang muflis tidak memaklumkan status mereka, wang berkenaan akan masuk ke Jabatan Insolvensi dan pemohon perlu ke jabatan itu untuk mendapatkan surat pengeluaran.

“Isu sama pernah dikesan sebelum ini dalam kalangan pemohon BSH,” katanya.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image