Info Kerjaya Malaysia

Berita Baik Buat Peminjam, PTPTN Lanjutkan Tempoh Moratorium Hingga Hujung Tahun Ini

1,190

PTPTN Lanjutkan Tempoh Moratorium

Para peminjam PTPTN yang mengalami masalah kewangan untuk membuat pembayaran akibat pandemik Covid-19, boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN baru-baru ini.

“Saya bersyukur kerana cadangan yang saya angkat kepada Perdana Menteri untuk melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN diluluskan.

“Moratorium ini penting kerana ramai peminjam PTPTN yang masih terkesan oleh COVID-19. Kerana itulah kita bawa cadangan untuk moratoriun dilanjutkan”.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan

Kos penangguhan bayaran balik PTPTN ini adalah sebanyak RM1.13 bilion dan membabitkan jumlah bayaran balik kira-kira RM375 juta.

Berita Baik Buat Peminjam, PTPTN Lanjutkan Tempoh Moratorium Hingga Hujung Tahun Ini

Tarikh Lanjutan Moratorium PTPTN

Lanjutan moratorium PTPTN akan bermula pada 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Cara Membuat Permohonan Lajutan Moratorium PTPTN

Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan lanjutan kerana penangguhan bayaran balik akan diperbaharui secara automatik.

Tetapi jika anda ingin membuat bayaran balik, anda boleh membuat bayaran secara talian / online yang disediakan oleh PTPTN.

Sekiranya anda ingin membuat permohonan pertukaran Ujrah PTPTN, klik sini dan dapatkan cara untuk memohon seperti yang dikongsikan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi PTPTN di saluran :

close-image