Info Kerjaya Malaysia

Kenapa Pembayaran Saya Gagal Kredit Sedangkan BPN Saya LULUS? Baca Ini Sebabnya

12,752

Sudah seronok tengok status Bantuan Prihatin Nasiona (BPN) LULUS, tiba-tiba bila lihat maklumat bayaran statusnya GAGAL KREDIT. Kenapa terjadi begitu? Jangan risau! Jangan gopoh dahulu mungkin ada kesilapan yang anda lakukan dan anda tidak sedar.

Apa yang pemohon perlu buat jika BPN lulus tetapi gagal kredit? Baca perkongsian di bawah.

KENAPA GAGAL KREDIT SEDANGKAN BPN LULUS?

Jika didapati perkara ini berlaku kepada anda, mungkin anda melakukan kesalahan ketika permohonan BPN. Seperti kita semua sedia maklum bahawa jika BPN kita LULUS, kita tidak perlu berbuat apa-apa dah. Cuma perlu tunggu duit masuk sahaja.

Namun ada juga yang tidak sabar menunggu wang masuk sehinggakan was-was dengan status kelulusan tersebut dan membuat permohonan baru walaupun sudah tahu dirinya lulus.

Itulah kesalahan yang mungkin anda lakukan. Kesalahannya adalah anda tetap INGKAR walaupun pihak LHDN sudah memaklumkan anda tidak perlu buat semakan & buat permohonan baru jika anda lulus.

APA TERJADI KALAU BUAT KESALAHAN ITU?

Jika anda lakukan kesalahan tersebut, hasilnya Duplikasi permohonan berlaku dan bayaran telah GAGAL KREDIT ke akaun anda.

Ini bermaksud wang bantuan tidak akan dikreditkan terus ke akaun bank anda. Anda perlu tunggu No. Siri diberikan oleh pihak LHDN dan anda boleh tunaikan No. Siri di BSN berdekatan selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenapa Pembayaran Saya Gagal Kredit

Adakah anda jelas dengan penjelasan di atas? Di sini saya simpulkan jika anda LULUS BPN tetapi maklumat bayaran anda GAGAL KREDIT, ini bermaksud anda melakukan kesalahan membuat permohonan baru dan anda tetap membuat semakan walaupun anda lulus.

Gagal kredit tidak bermaksud anda tidak menerima bantuan, cuma bantuan akan diterima dalam bentuk tunai iaitu anda akan menerima No. Siri dan anda kena tunaikan di BSN berdekatan selepas PKP.

close-image