Rayuan Kategori BPN Bujang: Ini Cara Membuat Rayuan Permohonan Anda

17,949

Seperti yang telah diumumkan pembayaran BPN Fasa 2 akan bermula secara rasmi pada 4 Mei 2020. Pembayaran adalah secara berperingkat ke akaun pemohon lulus dan layak sebelum ini.

Pemohon yang permohonannya telah diluluskan sebelum ini boleh membuat semakan baki pembayaran BPN Fasa 2 melalui pautan disediakan di bawah.

2 KATEGORI BUJANG YANG PERLU DAFTAR PERMOHONAN BPN

Golongan layak menerima bantuan bagi kategori bujang telah ditetapkan untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja. Manakala, bagi individu yang berumur 21 tahun ke bawah, anda tidak layak untuk membuat permohonan bagi kategori ini.

Terdapat 2 kategori bujang yang akan menerima bantuan dengan jumlah yang berbeza.

1 Pendapatan RM2000 dan ke bawah

Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah, anda layak untuk menerima bantuan sebanyak RM800. Bayaran bantuan akan dilakukan secara dua fasa iaitu pada bulan akhir April dan bulan Mei 2020. Individu di kategori ini adalah dianggap bujang golongan B40.

Baca itu Apa Maksud Golongan B40, M40 dan T20

2 Pendapatan RM2001 Hingga RM4000

Individu bujang yang berpendapatan bulanan sebanyak RM2001 hingga RM4000 adalah tersenarai dalam bantuan untuk bujang dalam golongan M40. Bujang dalam kategori ini akan menerima bantuan sebanyak RM500 yang akan dibayar mengikut 2 fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.

RAYUAN BAGI PERMOHONAN BUJANG TAK LULUS

Tempoh permohonan rayuan BPN Bujang dilanjutkan sehingga 31 Mei manakala pejabat LHDN akan dibuka bermula 11 Mei atau 12 Mei berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bagi menerima rayuan tersebut.

Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut.

Baca: BPN Download Borang Rayuan BPN Hasil & Senarai Dokumen Sokongan Bagi Rayuan

Untuk rayuan bagi pemohon BPN gagal kali ini boleh dibuat melalui email terus ke bahagian rayuan LHDN melalui email ke ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.

SOALAN BERKAITAN RAYUAN BPN

Apa Dokumen Sokongan Untuk Membuat Rayuan BPN Bujang?

Pemohon boleh membuat rayuan bagi pertimbangan semula Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

Saya Bujang dan Mengalami Pengurangan Pendapatan Sepanjang PKP Tetapi Tidak Menerima BPN

Jika anda mengalami pengurangan pendapatan dan permohonan BPN anda ditolak maka anda juga perlu membuat semula rayuan BPN dengan mengemukakan dokumen sokongan.

Permohonan BPN Bujang ditolak atas sebab SSM?

Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mereka boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

Tempoh Rayuan Baru BPN Bujang 2020?

Tempoh permohonan rayuan bagi BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei

Bolehkah rayuan BPN dibuat di pejabat LHDN?

Boleh, pejabat LHDN akan dibuka bermula 11 Mei atau 12 Mei berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bagi menerima rayuan tersebut.

Sebab Permohonan BPN ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak kerana pemohon mempunyai pendapatan yang melebihi syarat BPN, manakala sebab lain, antaranya, kerana tidak mematuhi syarat tertentu seperti kelayakan umur serta status pelajar sepenuh masa.

Bagaimana membuat rayuan BPN Mei?

Untuk rayuan bagi pemohon BPN gagal kali ini boleh dibuat melalui email terus ke bahagian rayuan BPN melalui email ke LHDN ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

Dimana mendapatkan info lanjut mengenai rayuan BPN?

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image