Jawatan Pembantu Pengajar Bakal Diwujudkan Khas Untuk Menjalankan Tugas-tugas Pentadbiran Guru

687

Permohonan Jawatan Pembantu Pengajar Bakal Di Buka. Tahukah Anda Jawatan Pembantu Pengajar Bakal Diwujudkan Khas Untuk Menjalankan Tugas-tugas Pentadbiran Bagi Membantu Guru. Dengan Adanya Jawatan Pembantu Pengajar Ini, Guru Dapat Menumpukan Tugas Pengajaran Sahaja Tanpa Perlu Melakukan Tugas Selain Itu.

Jawatan Pembantu Pengajar akan diwujudkan bagi menggalas tugas pentadbiran dalam usaha mengurangkan beban dipikul guru di negara ini.

Presiden PKR, yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) komited dalam memastikan guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam mendidik pelajar seperti termaktub dalam Buku Harapan.

“Kerajaan peka terhadap cabaran dan isu utama yang dihadapi oleh guru di negara ini,” katanya dalam Perutusan Hari Guru 2018, di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, dalam usaha itu, capaian sistem teknologi maklumat di sekolah juga akan diperbaiki supaya pengajaran boleh berlangsung secara lebih interaktif dan berkesan bagi mencerminkan peningkatan prestasi pendidikan di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mewujudkan biasiswa khas untuk guru yang mahu menyambung pengajian dan latihan profesional mereka.

“Harapan kami usaha ini akan dapat mengangkat martabat dan meningkatkan kecekapan guru di negara ini terutama sebagai pendidik generasi akan datang”.

“Kepada semua guru yang tercinta dan disanjungi, terima kasih dan Selamat Hari Guru buat anda!,” katanya dalam kenyataan yang turut dimuat naik dalam laman sosial, Facebook beliau yang dikongsi lebih 600 pengikutnya setakat jam 10.40 malam tadi.

BAGAIMANA MOHON JAWATAN PEMBANTU PENGAJAR GURU?

Untuk makluman sebarang maklumat awal mengenai permohonan jawatan Pembantu Pengajar Guru akan dihebahkan di laman Jawatan Kosong Terkini (Portal Kerjaya). Jadi pastikan anda alert dengan segala hebahan yang dilakukan pihak kami melalui chanel Telegram, Fanpage Kerjaya dan juga melalui Email.

Anda boleh sertai chanel yang disebutkan diatas melalui pautan khas di bawah:

  1. Chanel Telegram
  2. Email (Terima Email Kekosongan Jawatan Ke Inbox Anda Setiap Hari)
  3. Fanpage Jawatan Kosong

JAWATAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON SEKARANG

Di bawah merupakan senarai jawatan kosong terkini yang masih di buka permohonan. Rujuk iklan permohonan setiap jawatan dan mohon dengan kadar segera.

  1. Permohonan Jawatan Kosong JPJ
  2. Permohonan Jawatan Kosong Guru Tadika (Swasta)
  3. Permohonan JPN
  4. Permohonan AADK
  5. Permohonan Penolong Pegawai Tadbir
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image