Info Kerjaya Malaysia

Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara / PENJANA

1,489

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara / PENJANA

Pada 5 Jun 2020 baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan 40 inisiatif di bawah program PENJANA untuk membangunkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19. PENJANA juga merupakan satu Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek beserta penambahbaikan pelan ekonomi yang bernilai RM35 billion.

3 Teras Utama PENJANA

Terdapat 3 teras utama dalam pelan PENJANA iaitu :

  • Memperkasakan rakyat.
  • Melonjakkan perniagaan.
  • Merangsang ekonomi.

Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara / PENJANA

Intipati PENJANA

1. Bantuan OKU Dan Ibu Tunggal

  • Terdapat inisiatif yang melibatkan bantuan kepada OKU dan Ibu Tunggal yang berdaftar dan tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300.
  • Bayaran akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha.
  • Peruntukan geran kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.

2. Program Insentif Pengambilan Pekerja

Melalui program ini, syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.

Terdapat 2 insentif untuk program ini :

  • Menggaji penganggur berumur dibawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja.
  • Menggaji penganggur berumur 40 tahun ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1000 sebulan.
  • Insentif ini akan diberikan selama 6 bulan.

3. Program MY30 Pas Perjalanan Tanpa Had RM30 Sebulan

Program MY30 ini merupakan pas perjalanan tanpa had sebanyak RM30 sebulan selama 6 bulan.

  • Terhad kepada pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga Disember 2020.

Baca juga : Program MY30 PENJANA, Pas Perjalanan Tanpa Had Rapid KL 

4. Program Peningkatan Kemahiran

  • RM2 billion bagi Program Peningkatan Kemahiran untuk golongan penganggur dan belia.

5. Program Subsidi Upah

Pihak Kerajaan juga memperluaskan Program Subsidi Upah di mana bantuan diberikan kepada majikan yang menyediakan peluang perintis kepada lepasan sekolah dan graduan pada kadar RM600 sebulan.

6. Skim PEKA B40

Skim ini akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.

7. Kempen “Shop Malaysia Online”

  • Bertujuan untuk menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian.
  • Kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberi melalui platform e-dagang.
  • Peruntukan sebanyak RM70 juta untuk kempen “Shop Malaysia Online”.

8. Perkhidmatan Internet Percuma 1GB

Kerajaan dan syarikat telekomunikasi akan bekerjasama menyediakan perkhidmatan internet secara percuma iaitu :

  • Kapasiti 1 gigabyte (gb).
  • Kegunaan dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.
  • Digunakan untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.
  • Disediakan sehingga 31 Disember 2020.
  • Akses percuma tanpa had turut diberikan bagi laman web Kerajaan serta aplikasi COVID-19 Kerajaan, khususnya MySejahtera.

9. Insentif Bagi PKS & Syarikat Mid-Tier

Kerajaan akan meneruskan pemberian geran dan pinjaman berjumlah RM700 juta untuk membolehkan lebih banyak syarikat melanggan atau menggunakan perkhidmatan digitalisasi termasuk :

  • RM100 juta Geran Padanan digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi.
  • RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah.
  • RM100 juta Geran Automasi Pintar, di mana setiap syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta.

10. Skim Pembiayaan PKS PENJANA

  • Sektor perbankan akan menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 billion untuk membantu kelangsungan PKS.
  • Boleh dipohon mulai pertengahan Jun 2020 dengan had sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS.

11. Pembiayaan Mikro PENJANA

Kerjasama Kerajaan dengan Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional bagi pembiayaan sebanyak RM400 juta di mana RM50 juta akan dikhususkan kepada usahawan wanita.

12. Geran Pengendali Taska

Geran akan diberikan kepada pengendali Taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan antaranya penyediaan e-Baucar bagi perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah secara dalam talian.

13. Pengecualian Duti Setem Pembelian Rumah

  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.
  • Terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman.

14. Pengecualian Cukai Jualan Kereta

  • Pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan dan 50 peratus bagi kereta penumpang yang diimport bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif.
  • Pengecualian adalah bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

15. Perlanjutan Waktu Operasi UTC

Waktu operasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara dilanjut dan diseragamkan di luar waktu pejabat untuk memudahkan urusan dengan agensi kerajaan berkuatkuasa 1 Julai.

16. Kredit RM50 eTunai melalui MySejahtera

Pengguna yang muat turun aplikasi MySejahtera sahaja akan diberikan bantuan eTunai Rakyat atau eWallet RM50 seperti yang diumumkan dalam Pelan PENJANA.

  • Dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback.

Baca juga : MySejahtera Apps: Tebus Kredit RM50 eTunai PENJANA

Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara / PENJANA

close-image