Info Kerjaya Malaysia

Bagi Anda Yang Nak Terima Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Ogos, Sila Semak Baki Akaun 2 Dulu!

3,931

Semak Baki Akaun 2 KWSP

Adakah anda penerima i-Lestari KWSP akaun 2? Jika ya, pastinya anda ingin membuat semakan baki akaun 2 KWSP dan ingin ketahui jumlah yang tinggal terlebih dahulu. Untuk membuat semakan baki akaun 2 KWSP, anda hanya perlu semak secara online sahaja iaitu melalui i-Akaun dan ianya memudahkan setiap ahli KWSP untuk berurusan dan tidak perlu lagi ke kaunter KWSP yang berdekatan.

Info Ringkas Mengenai i-Akaun KWSP

Untuk pengetahuan anda, i-Akaun KWSP merupakan satu portal online yang diperkenalkan oleh KWSP bertujuan untuk memudahkan ahli KWSP membuat semakan status pengeluaran, semakan penyata dan baki akaun ahli. Anda juga boleh muat turun aplikasi i-Akaun KWSP di Google Play Store untuk android dan Apple App untuk iOS.

Cara Membuat Semakan Baki Akaun 2 KWSP

Untuk membuat semakan baki akaun 2 KWSP, anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Caranya ialah :

  • Anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP melalui emel atau ke kaunter KWSP dan Kiosk KWSP yang terdekat dengan anda.

Untuk log masuk ke i-Akaun KWSP pula,

  • Klik Portal KWSP terlebih dahulu.
  • Masukkan KOD PENGAKTIFAN di ruangan USER ID. (Aktifkan dalam masa 30 hari selepas terima kod pengaktifan)
  • Masukkan KATA LALUAN SEMENTARA dan klik LOGIN.
  • Log masuk dengan ID baru.
  • Buat semakan baki akaun anda sekarang.

Bagi Anda Yang Nak Terima Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Ogos, Sila Semak Baki Akaun 2 Dulu!

Untuk semakan penyata akaun KWSP pula,

  • Log in akaun anda dengan menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang disahkan.
  • Klik AKAUN PERIBADI dan pilih TAHUN pada bahagian LIHAT PENYATA BAGI TAHUN.
  • Klik CARI dan maklumat penyata akan dipaparkan pada skrin.
  • Pilih sama ada untuk mencetak atau download penyata anda.

Anda juga boleh dapatkan cara untuk mendaftar dan aktifkan i-Akaun KWSP dengan lebih lengkap disini dan ikut panduan yang telah diberikan.

Kelebihan i-Akaun KWSP

Antara kelebihan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh i-Akaun ialah :

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun ini dan seberikutnya
  • Menyemak status pengeluaran
  • Menyemak transaksi caruman
  • Mengemaskini profil
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Bagi Anda Yang Nak Terima Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Ogos, Sila Semak Baki Akaun 2 Dulu!

Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan i-Akaun KWSP, sila hubungi KWSP di:

  • Telefon : 03-8922 6000
  • Portal rasmi : KWSP

close-image