Info Kerjaya Malaysia

Hilang Kerja? Jom Upgrade Diri Dengan 10 Langkah Ini

1,322

Hilang Kerja. Apa Yang Perlu Saya Buat?

Hilang kerja secara tiba-tiba. Tidak tahu apa yang perlu dibuat kerana tidak bersedia dan tidak ada sebarang persediaan untuk menghadapi kemungkinan ini.

Walaubagaimanapun, kerajaan telah memberikan pelbagai peruntukan dan inisiatif untuk mengurangkan beban mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Sebagai seorang bekas pekerja, anda perlu melakukan beberapa langkah yang positif bagi meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran anda di pasaran kerja pada masa kini.

10 Langkah Upgrade Diri

Terdapat 10 langkah untuk anda upgrade diri anda seperti :

1. Memburu Peluang Kerja / Job Hunting

Anda perlu kekal positif dan membuat pelan tindakan untuk kembali bekerja dan mempunyai pekerjaan untuk membina semula ekonomi keluarga yang terjejas. Jangan bertangguh sebaliknya terus memulakan proses mencari kerja yang sesuai dengan anda. Jangan memilih kerja dan bersikap fleksibel terhadap jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada anda.

Anda boleh cuba untuk mendaftar dengan Jobs Malaysia dengan klik disini sahaja.

Hilang Kerja? Jom Upgrade Diri Dengan 10 Langkah Ini

2. Kemaskini Resume Anda

Sudah pasti anda tahu bahawa resume merupakan satu medium yang penting untuk menarik perhatian majikan mengambil anda sebagai pekerja di syarikatnya. Pastikan anda menyediakan resume yang menarik perhatian majikan dengan menonjolkan kelebihan dan kemahiran anda.

Jadi, kemaskini resume anda dengan memasukkan kemahiran serta kebolehan anda dengan template resume yang terkini.

3. Kemaskini Profile Media Sosial

Sentiasa kemaskini media sosial anda terutamanya akaun LinkedIn diaman ianya merupakan satu jaringan pekerjaan yang paling popular dan profesional dalam bidang pekerjaan. Jika belum mempunyai akaun dalam platform LinkedIn ini, anda boleh mendaftar sekarang dan masukkan maklumat pekerjaan yang sama seperti anda masukkan ke dalam resume anda.

LinkedIN dan Indeed merupakan satu platform yang membina rangkaian luas serta proaktif dan membolehkan anda mempunyai tiket untuk mengembangkan karier dengan lebih luas. Jadi, daftar dan kemaskini dengan segera. Lagi cepat anda kemaskini, lagi cepat anda mendapat kerja.

Hilang Kerja? Jom Upgrade Diri Dengan 10 Langkah Ini

4. Cipta dan Bina Pengalaman Kerja 

Tidak ada kerja, bagaimana untuk cipta dan bina pengalaman kerja? Anda boleh libatkan diri dengan melakukan beberapa kerja sukarela yang wujud untuk diletakkan ke dalam resume anda. Berdasarkan kajian, individu yang sering melakukan kerja sukarela mempunyai kebolehpasaran yang lebih tinggi daripada orang lain. Ini kerana individu jenis ini boleh bekerja tanpa pengawasan yang tinggi, mempunyai sifat kempimpinan yang tinggi, suka memberi pertolongan, sabar, mempunyai perancangan yang baik dan boleh berdikari.

5. Tambahkan Pengetahuan dan Kemahiran

Untuk tambahkan pengetahuan dan kemahiran, anda boleh menyertai pelbagai kursus percuma yang dijalankan secara online yang disedikan oleh pihak kerajaan melalui oleh pihak MDEC, Kementerian Belia dan Sukan, PERKESO dan pelbagai agensi lain yang terlibat.

6. Serlahkan Kemahiran ‘Essential Skill’ Anda

Kemahiran insaniah atau essential skill ini adalah merangkumi kemahiran asas berdasarkan aspek :

  • Keperibadian
  • Kepimpinan
  • Kemahiran Komunikasi
  • Pemikiran Kritis
  • Profesional
  • Berpasukan
  • Mendengar
  • Boleh menyelesaikan masalah

Terdapat 50% daripada majikan yang meletakkan kemahiran insaniah ini sebagai satu keperluan yang tinggi dalam proses pemilihan pekerja.

7. Uruskan Kewangan Dengan Baik

Pastikan anda menjadi seorang yang bijak dalam menguruskan kewangan ketika anda menghadapi krisis hilang pekerjaan ketika ini. Beli barangan keperluan asas terlebih dahulu dan elakkan daripada berbelanja tanpa tujuan supaya anda tidak terbeban dan menjejaskan simpanan kecemasan anda.

8. Manfaatkan Bantuan Kerajaan

Terdapat pelbagai inisiatif yang diberikan oleh kerajaan seperti :

  • Program Subsidi Upah
  • Program Pengekalan Pekerja
  • Skim Pengeluaran Akaun 2 KWSP (i-LEstari)
  • Bantuan one-off kepada pemandu e-hailing
  • Moratorium pinjaman
  • Kursus Online (Coursera) dibawah MDEC

Dapatkan 3800 kursus Coursera secara online disini. Daftar sekarang.

9. Penambahbaikan Kemahiran Teknologi / Digital

Negara Malaysia telah mengalami transformasi digital dan perkembangan teknologi terkini. Penting untuk anda membuat penambahbaikan dalam bidang teknologi/digital kerana para majikan masa kini sangat mementingkan kemahiran dalam bidang ini.

10. Teruskan Berusaha dan Tidak Berputus Asa

Walau apa jua yang berlaku, teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Sentiasa perbaiki diri walaupun anda sudah mendapat pekerjaan baharu.

Hilang Kerja? Jom Upgrade Diri Dengan 10 Langkah Ini

Semoga anda semua mendapat pekerjaan baru dan dapat memulihkan semula masalah kewangan keluarga anda dengan segera.

close-image